Friday, February 24, 2006

ATTENTION!!!!

this is my last post di mykelisa.blogspot.com, lepas ni aku akan berpindah ke blog lain. kenapa ekk? em.. saja nak berubah angin. teringat memula menulis kat blog ni. mmg rasa besh sangat! dapat kenal kawan baru, dapat release tension, dapat kongsi citer..

Alhamdulilah ada coretan aku yg meninggalkan kesan kat orang lain. tak sangka dan terharu. terima kasih banyak-banyak. seronok apa jer aku tulis kat sini mmg diri aku yg sebenar. terpulang kat org nak menilai. citer-citer pun mmg citer kehidupan aku sendiri. ayat aku kat sini mmg tunggang-langgang. ada yang kata merosakkan bahasa tapi bagi aku, ini blog aku.. citer aku.. aku tulis apa yg ada kat kepala otak aku. aku bukannyer sasterawan negara, aku hanya manusia biasa, yang menulis sekadar meluah rasa jiwa.

sekarang ni mungkin time agak limited utk aku menulis sekerap dahulu. paham jerlah dah ada budak kecik, dah tu nak berebut lak guna pc ngan syani. walau cemanapun Insya-Allah aku akan tetap menulis.. kepada sesiapa yang nak bertandang ke 'rumah baru' aku tu, bleh la antar email kat kasturi2121@yahoo.com

aku minta maaf banyak2 kepada sesiapa yang teraser ati ngan mykelisa.blogspot.com. macam aku kata tadi, aku tulis apa yg ada kat kepala otak aku. kalo terguris, harap dpt menerimanya secara professional. this is me!

tenkiu dan bye-bye.. pree2 nanti singgahlah rumah baru aku tuh. :p
Posted by ena at Friday, February 24, 2006
|

Sunday, January 29, 2006

Dialog bebudak zaman sekarang

kisah benar perbualan bebudak umur 6 tahun dengan mak mereka

Dialog 1

Najmi : mak, nak tanya sikit boleh tak?
Mak : apa dia?
Najmi : mak, kalau najmi kawen dapat anak. Anak tu nanti panggil mak apa?
Mak : tok la..
Najmi tersengih-sengih seronok. mesti budak ni dah imagined bila dia ada anak nanti

Dialog 2

Nabila : mak, besar besok nabila nak kawen dengan Shauki
Mak : terkejut. Kenapa?
Nabila : dengan ekey tak boleh sebab ekey dengan nadia
Mak : mana nabila tau?
Nabila : ekey selalu bagi cokelat kat nadia. sbb tu nabila nak kawen ngan shauki

Dialog 3

Mak : ekey, ekey suka kat nadia yek?
Ekey : ekey tak suka kat nadia. Nadia yang suka kat ekey. Diam sekejap. Tapi lama-lama ekey pun suka kat nadia. Tersenyum sipu.

*Advanced betul bebudak zaman sekarang. umur 6 tahun dah pandai main couple-couple. siap belanja cokelat kat makwe lagi tu.. kekekekke. ekey tu anak sedare aku (anak eiry) dia tu mmg petah bercakap, nakal dan pandai layan perempuan. masa umur 5 tahun lagi, dia dah tolong bukak pintu pagar rumah gelpren dia. caranya balik jer sekolah, sebelum gelpren dia tu sampai dia dah dah siap bukakan gate rumah gelpren dia. fuh!! kalo kecik2 pun dah pandai layan mcm tu, masuk sekolah rendah esok mesti dah sampai bab nyanyi2 dpn rumah lak. si ekey dah pandai main gelpren2, si acu (razif) lak dok maintain solo.. em.. betul ke?
Posted by ena at Sunday, January 29, 2006
|

Thursday, January 19, 2006

pengalaman berpantang

awal-awal pagi, aku dah angkut semua barang gi rumah mak. mak ceria depan pintu pagar sambil mendukung nazwa. memandangkan jahitan aku ni banyak, jadik tak der mender yg bleh aku buat melainkan baring atas tilam. nak dukung irfan pun, aku kena berhati-hati sebab nak duduk pun rasa payah sangat. sakit! boleh la katakan sepanjang 2 minggu pertama tu, aku rasa akulah wanita melayu terakhir. siap dengan kain batik 24 jam, jalan pun penuh kesopanan dan kesusilaan, duduk bersimpuh kalo kat kerusi lak duduk senget sebelah.
lepas satu minggu bersalin, aku pun macam org lain berurut. makcik tu tengok aku pun mcm kesian sebab nampak teruk sangat. kalo kat akak aku, macam2 style dia buat tapi kat aku simple2 ja. tapi mmg rasa lega sangat lepas berurut. memula tu, aku tak bleh bangun sbb rasa lenguh satu badan tapi bila makcik tu datang dan 'paksa' aku berurut, aku pun gagahi jua. takut kena marah. lepas2 tu, terus rasa okey. jalan pun tak mcm jepun dah. aku dah bleh bangun cepat2. lega.
mak aku jenis tak la berpantang gila2. cuma ada la sket2 dia nasihatkan aku mcm tak leh gi jenjalan, kena pakai stokin, mandi kena duduk etc. semua tu aku bleh ikut cuma bab tak leh kuar rumah ngan tak leh minum ais, aku rasa berat sangat. ais dah sebati dlm idop aku. malah pagi2 pun aku melantak air sejuk. skang ni bila aku nampak org minum sarsi sejuk ke, oren ke.. iskk nikmatnya! mengenai mak, terus-terang aku rasa kesian sgt kat mak. aku berdoa biarlah aku cepat sembuh supaya aku tak menyusahkan mak lagi. mak mmg superwoman. dengan kalut jaga nazwa, zikry, masak utk keluarga, mengemas rumah dan jaga aku. nak jer aku cakap tak pa, azni bleh buat sendiri tapi mak tak bagi. nak amik air panas dlm cerek pun, mak tak bagi. semua mak tolong siapkan. aku cuma mandi ja. bila tengok mak sibuk, aku rasa mcm tension pun ada. kalo aku jadi mak, mesti aku dah lama menangis. tapi mak lain. dalam kalut buat macam2, mak masih bleh bergurau ngan kami adik-beradik, bermain ngan nazwa, zikry, irfan. mak tak pernah nak marah2. mak masih boleh senyum. satu hari, aku rasa macam rimas tgk kesibukan mak. aku tanya mak, mak mmg selalu mcm ni ka atau sejak aku ada, kerja mak bertambah? mak terkejut. mak bagitau tak pernah terlintas pun yg kehadiran aku ni membebankan dia. aku tak la terfikir mcm tu tp aku kesian sgt kt mak.
lps 2 minggu, aku berpantang kt umah mama. mama lagi strict. memula mmg rasa rimas sbb byk sgt pantang larangnya. tp lama2 aku dah jadik biasa dan hehhehe kekadang tu aku tak ikut gak. curi2 gak naik tangga. syani pun mcm kesian kat aku. tiap2 sabtu, kami tinggalkan irfan kat mama dan balik ke pekaka utk rehat kejap. memula kuar dari rumah, aku jadi jakun tgk pb. rasa mcm dah terlalu lama aku tak kuar rumah sampaikan syani pun naik heran tgk aku yg mcm pelancong hehehhehe.. tak sabar nak habiskan 44/60 hari cepat2. air ais - aku amat merinduimu!
Posted by ena at Thursday, January 19, 2006
|

Monday, January 09, 2006

Hari Pertama Jadi Mak Budak

19 Disember 2005 - semalam aku tak tidor nyenyak. Kesian kat baby yg kejap-kejap bangun sebab lapar. aku nak angkat dan pangku baby pun tak boleh sebab tangan aku ada jarum. Abih2 pun aku boleh tepuk-tepuk dia ja.

Pagi tadi Doktor cakap kalau baby dah uk dan shenshin, aku boleh kuar dah. So, pagi2 bangun jer dari katil aku terus tengok diaper baby. Tu dia aihhh.. berlambak-lambak dia buang. Aku mula gelabah. Ish apa aku nak buat nih? Aku tengok kiri dan tengok kanan. Mak2 budak lain semua buat hal masing2. nak panggil nurse, mesti kena sound nanti. Huhuhuhu tawakal jerlah. Aku cuba ingat balik apa mak aku buat kat ekey ngan nazwa bila depa uk. Aku angkat kaki baby, kemudian baby plak teriak kuat-kuat. Lagilah aku gelabah. Aku amik wet tissue lap kaki, punggung dia pastu masih lagi comot. Last2 aku amik napkin, cuci. Abih napkin tu kotor. Argh! Lantak la, janji baby bersih. Napkin tu balik nanti bleh cuci.

Sepanjang hari, aku banyak duduk atas katil. Nak jalan, aku tak berani lagipun sakit. Tiap kali nak naik katil pun satu problem gak. Nak kena pijak kerusi dulu, kendian GEDEGUM! Bunyik katil tu. Aku tak reti nak slow2 baring, kalo rasa dah betul jer posisi tu, terus aku baring. Nurse2 pelatih pun ada yg gelak2 tengok aku. Aku bagitau la jahitan aku banyak, baru diaorg paham. Aku tak tau kenapa tapi aku rasa mungkin nampak obvious sangat kot yg aku ni tak reti nak handle budak2. ada jer nurse yg mai kat aku. Memula diaorg belek2 baby kendian tanya keadaan aku dan ada jugak yg bagi nasihat. Seronok gak bila dengar citer sorang nurse tu. Katanya bila dah ada baby ni makin bz idup kita, tapi byk2 la sabar.

Pukul 4:30 ptg, aku dibenarkan balik. Lega. Sempat la sorang doktor muda bagi pesanan kat aku suruh jaga baby baik2 takut kena culik. Mues mues mues. Malam tu, aku balik taman pekaka. Mama temankan kami. Aku mmg penat giler, tido siap ada bunyik lagi. nasib baik la syani ngan mama banyak membantu jaga baby sepanjang malam. Ingat nak berpantang kat rumah ja tapi kalo dah keadaan mcm ni, esok jugak aku balik umah mak. nak kena belajar cara jaga baby.
Posted by ena at Monday, January 09, 2006
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com