Sunday, January 29, 2006

Dialog bebudak zaman sekarang

kisah benar perbualan bebudak umur 6 tahun dengan mak mereka

Dialog 1

Najmi : mak, nak tanya sikit boleh tak?
Mak : apa dia?
Najmi : mak, kalau najmi kawen dapat anak. Anak tu nanti panggil mak apa?
Mak : tok la..
Najmi tersengih-sengih seronok. mesti budak ni dah imagined bila dia ada anak nanti

Dialog 2

Nabila : mak, besar besok nabila nak kawen dengan Shauki
Mak : terkejut. Kenapa?
Nabila : dengan ekey tak boleh sebab ekey dengan nadia
Mak : mana nabila tau?
Nabila : ekey selalu bagi cokelat kat nadia. sbb tu nabila nak kawen ngan shauki

Dialog 3

Mak : ekey, ekey suka kat nadia yek?
Ekey : ekey tak suka kat nadia. Nadia yang suka kat ekey. Diam sekejap. Tapi lama-lama ekey pun suka kat nadia. Tersenyum sipu.

*Advanced betul bebudak zaman sekarang. umur 6 tahun dah pandai main couple-couple. siap belanja cokelat kat makwe lagi tu.. kekekekke. ekey tu anak sedare aku (anak eiry) dia tu mmg petah bercakap, nakal dan pandai layan perempuan. masa umur 5 tahun lagi, dia dah tolong bukak pintu pagar rumah gelpren dia. caranya balik jer sekolah, sebelum gelpren dia tu sampai dia dah dah siap bukakan gate rumah gelpren dia. fuh!! kalo kecik2 pun dah pandai layan mcm tu, masuk sekolah rendah esok mesti dah sampai bab nyanyi2 dpn rumah lak. si ekey dah pandai main gelpren2, si acu (razif) lak dok maintain solo.. em.. betul ke?
Posted by ena at Sunday, January 29, 2006
|

Thursday, January 19, 2006

pengalaman berpantang

awal-awal pagi, aku dah angkut semua barang gi rumah mak. mak ceria depan pintu pagar sambil mendukung nazwa. memandangkan jahitan aku ni banyak, jadik tak der mender yg bleh aku buat melainkan baring atas tilam. nak dukung irfan pun, aku kena berhati-hati sebab nak duduk pun rasa payah sangat. sakit! boleh la katakan sepanjang 2 minggu pertama tu, aku rasa akulah wanita melayu terakhir. siap dengan kain batik 24 jam, jalan pun penuh kesopanan dan kesusilaan, duduk bersimpuh kalo kat kerusi lak duduk senget sebelah.
lepas satu minggu bersalin, aku pun macam org lain berurut. makcik tu tengok aku pun mcm kesian sebab nampak teruk sangat. kalo kat akak aku, macam2 style dia buat tapi kat aku simple2 ja. tapi mmg rasa lega sangat lepas berurut. memula tu, aku tak bleh bangun sbb rasa lenguh satu badan tapi bila makcik tu datang dan 'paksa' aku berurut, aku pun gagahi jua. takut kena marah. lepas2 tu, terus rasa okey. jalan pun tak mcm jepun dah. aku dah bleh bangun cepat2. lega.
mak aku jenis tak la berpantang gila2. cuma ada la sket2 dia nasihatkan aku mcm tak leh gi jenjalan, kena pakai stokin, mandi kena duduk etc. semua tu aku bleh ikut cuma bab tak leh kuar rumah ngan tak leh minum ais, aku rasa berat sangat. ais dah sebati dlm idop aku. malah pagi2 pun aku melantak air sejuk. skang ni bila aku nampak org minum sarsi sejuk ke, oren ke.. iskk nikmatnya! mengenai mak, terus-terang aku rasa kesian sgt kat mak. aku berdoa biarlah aku cepat sembuh supaya aku tak menyusahkan mak lagi. mak mmg superwoman. dengan kalut jaga nazwa, zikry, masak utk keluarga, mengemas rumah dan jaga aku. nak jer aku cakap tak pa, azni bleh buat sendiri tapi mak tak bagi. nak amik air panas dlm cerek pun, mak tak bagi. semua mak tolong siapkan. aku cuma mandi ja. bila tengok mak sibuk, aku rasa mcm tension pun ada. kalo aku jadi mak, mesti aku dah lama menangis. tapi mak lain. dalam kalut buat macam2, mak masih bleh bergurau ngan kami adik-beradik, bermain ngan nazwa, zikry, irfan. mak tak pernah nak marah2. mak masih boleh senyum. satu hari, aku rasa macam rimas tgk kesibukan mak. aku tanya mak, mak mmg selalu mcm ni ka atau sejak aku ada, kerja mak bertambah? mak terkejut. mak bagitau tak pernah terlintas pun yg kehadiran aku ni membebankan dia. aku tak la terfikir mcm tu tp aku kesian sgt kt mak.
lps 2 minggu, aku berpantang kt umah mama. mama lagi strict. memula mmg rasa rimas sbb byk sgt pantang larangnya. tp lama2 aku dah jadik biasa dan hehhehe kekadang tu aku tak ikut gak. curi2 gak naik tangga. syani pun mcm kesian kat aku. tiap2 sabtu, kami tinggalkan irfan kat mama dan balik ke pekaka utk rehat kejap. memula kuar dari rumah, aku jadi jakun tgk pb. rasa mcm dah terlalu lama aku tak kuar rumah sampaikan syani pun naik heran tgk aku yg mcm pelancong hehehhehe.. tak sabar nak habiskan 44/60 hari cepat2. air ais - aku amat merinduimu!
Posted by ena at Thursday, January 19, 2006
|

Monday, January 09, 2006

Hari Pertama Jadi Mak Budak

19 Disember 2005 - semalam aku tak tidor nyenyak. Kesian kat baby yg kejap-kejap bangun sebab lapar. aku nak angkat dan pangku baby pun tak boleh sebab tangan aku ada jarum. Abih2 pun aku boleh tepuk-tepuk dia ja.

Pagi tadi Doktor cakap kalau baby dah uk dan shenshin, aku boleh kuar dah. So, pagi2 bangun jer dari katil aku terus tengok diaper baby. Tu dia aihhh.. berlambak-lambak dia buang. Aku mula gelabah. Ish apa aku nak buat nih? Aku tengok kiri dan tengok kanan. Mak2 budak lain semua buat hal masing2. nak panggil nurse, mesti kena sound nanti. Huhuhuhu tawakal jerlah. Aku cuba ingat balik apa mak aku buat kat ekey ngan nazwa bila depa uk. Aku angkat kaki baby, kemudian baby plak teriak kuat-kuat. Lagilah aku gelabah. Aku amik wet tissue lap kaki, punggung dia pastu masih lagi comot. Last2 aku amik napkin, cuci. Abih napkin tu kotor. Argh! Lantak la, janji baby bersih. Napkin tu balik nanti bleh cuci.

Sepanjang hari, aku banyak duduk atas katil. Nak jalan, aku tak berani lagipun sakit. Tiap kali nak naik katil pun satu problem gak. Nak kena pijak kerusi dulu, kendian GEDEGUM! Bunyik katil tu. Aku tak reti nak slow2 baring, kalo rasa dah betul jer posisi tu, terus aku baring. Nurse2 pelatih pun ada yg gelak2 tengok aku. Aku bagitau la jahitan aku banyak, baru diaorg paham. Aku tak tau kenapa tapi aku rasa mungkin nampak obvious sangat kot yg aku ni tak reti nak handle budak2. ada jer nurse yg mai kat aku. Memula diaorg belek2 baby kendian tanya keadaan aku dan ada jugak yg bagi nasihat. Seronok gak bila dengar citer sorang nurse tu. Katanya bila dah ada baby ni makin bz idup kita, tapi byk2 la sabar.

Pukul 4:30 ptg, aku dibenarkan balik. Lega. Sempat la sorang doktor muda bagi pesanan kat aku suruh jaga baby baik2 takut kena culik. Mues mues mues. Malam tu, aku balik taman pekaka. Mama temankan kami. Aku mmg penat giler, tido siap ada bunyik lagi. nasib baik la syani ngan mama banyak membantu jaga baby sepanjang malam. Ingat nak berpantang kat rumah ja tapi kalo dah keadaan mcm ni, esok jugak aku balik umah mak. nak kena belajar cara jaga baby.
Posted by ena at Monday, January 09, 2006
|

Thursday, January 05, 2006

Masa untuk bertindak - 2

Makin lama aku rasa makin sakit. Mesti korang tanya sakit macam mana? Em.. mcm sorang kawan pernah bagitau aku. Sakitnya macam nak buang air besar. Dpt rasa ada benda besar kat pinggang, menunggu masa utk keluar. aku cakap kat nurse rasa mcm nak uk. Nurse cakap kalo nak uk, uk jerlah. Rilex jer dia cakap. Sepanjang rasa sakit, aku tak la meratap ker, nangis ker. Cara yg aku buat ialah berangan, pikir apalah aku nak tulis dlm blog nanti dan terus-terang aku cakap scene masa Rachel (friends) bersalin bermain kat kepala aku. Dlm scene tu,, dia tak la nampak sakit sgt. Benda2 ni la yg mengkhayalkan aku kejap. Bila pikir benda2 ni, sakit tu tak terasa sgt. Bila terasa, tarik nafas dlm2 kendian berangan balik. Inilah yg aku buat sepanjang masa sakit di wad bersalin.

Tak lama lepas tu, sorang doktor dtg kat aku. Doktor tanya sakit ker? Isk.. dia tak nampak ke idung aku tgh kembang kempis menahan sakit. Dia check dan bukaan aku dah 9cm. dia cakap dah boleh teran dah ni. Kalo nak teran, teran lah. Lepas tu dia blah. Aku blur kejap. Tak tau nak push ke tak sebab sebelum masuk tadi ada nurse cakap kalo bukan masanya jgn push takut rahim nanti bengkak. Aku sabar dulu. Aku dengar doktor tu bagitau kat nurse yg bukaan aku dah 9cm tapi aku tak jelaslah plak apa nurse tu cakap balik. Aku masih sabar menahan sakit.

Nak dekat setengah jam, aku nampak peluang utk tanya pada nurse sama ada aku dah boleh push atau blm. Nurse tu check dan mcm skrip doktor tadi, dia kata dah 9cm dan kalo aku rasa nak push, aku dah bleh push. Kendian, dia bagi nasihat push masa tengah sakit. Aku tengok jam kat dinding. Jam masa tu pukul 4 petang. Terus aku teringat pada family yg tunggu kat luar. Aku ckp kat diri aku, aku nak baby kuar sebelum pukul 5.

Masa tu mmg tak der nurse atau dr kat katil aku tapi apa nak jadi, jadilah. Lagipun diaorg sendiri ckp aku dah bleh push. Aku pun push la sorang. Tiap kali aku sakit, aku push. Pandai2 aku sendiri. Lama tu, ada sorang nurse nampak aku teran kot. Dia mai kat aku, dia pegang perut aku dan check bukaan aku. Dari muka rilex terus nampak dia mcm kalut. Dia urut2 perut aku, suruh aku pegang kaki dan muka tgk kat perut bila push. Kelam-kabut sambil2 tu, dia bagi semangat utk aku terus push. Aku pejam mata rapat2 dan terus buat apa yg disuruh. Aku masa tu mcm org gila jer rasanya. Tak ingat apa dah, apa yg aku ingat nak selesaikan benda ni dengan segera. Kemudian dtg plak sorang doktor membantu. Dia kuarkan urine aku utk mudahkan aku bersalin. Nurse tu plak terus menjerit dan suruh aku imagine org yg aku benci. Mulut dia kekadang mcm laser tapi aku paham dia buat tu supaya aku lebih bersemangat nak bersalin cepat2. kemudian dia suruh aku rasa kepala baby kat bawah. Dia menjerit lagi, kalo nak anak cerdik kena teran cepat2. aku pun tak amik nafas panjang, push dan terus push.

Kemudian aku rasa ada benda menggelongsor laju kuar. Badan aku rasa ringan sangat. Aku tau baby dah kuar. Baby terus nangis dan lepas cuci ala kadar, nurse bagi baby kat aku utk aku pangku. Alhamdulilah. Sambil tu, nurse tarik tali pusat kot dari perut aku. Dia cakap panjang betul tali tuh. Aku rasa lega, walaupun panjang baby aku selamat dan tak terbelit. Aku cukup risau kalo jadik mcm tu.

Mungkin disebabkan aku push kuat sangat kot, aku menerima jahitan sampai ke punggung. Nasib baik bubuh ubat, sapa kata tak bubuh tu mmg la. Terasa jahitan tu tapi tak la sakit sangat. Mcm semut api jer. Aku tanya nurse sama ada dah dimaklumkan ke aku bersalin. Aku tak mo family aku masih risau kat luar tu. Nurse cakap, nanti bila depa tanya baru pihak spital bagitau.

Dlm 6 lebih baru aku dibawa kuar dari wad bersalin. Sejuk mmg sejuk dlm wad tu. Kesian baby dah ler diaorg letak kat celah kaki aku jer. Bila dia nangis, aku cuma bleh usap kepala baby.

Keluar dari wad bersalin, aku sengih sesengih-sengihnya. Lega dapat keluar jumpa family dan aku sengih betul sebab aku nak tunjuk kat family terutamanya mak aku,, dia tak perlu risau. Aku selamat dan sihat. Aku tgk syani. Syani senyum kat aku. Ayat pertama aku ckp kat syani, "baby kita." Aku tunggu gak la kot2 syani nak kiss kat dahi. Romantik la sket tapi ternyata aku byk sgt tgk drama melayu. Dia buat selamba ja ngan aku. Tak dak la nak ckp apa2 yg jiwang2.

Alhamdulilah, mohammad irfan haziq selamat dilahirkan dgn berat 2.75kg pada 18 Disember 2005. Alhamdulillah, aku dapat menahan rasa sakit bersalin. Alhamdulilah, semuanya dah selamat.
Posted by ena at Thursday, January 05, 2006
|
Masa untuk bertindak - 1

Syani pun cepat2 la cari nurse tapi nurse tu bukan nak mai tengok aku. Sebaliknya dia suruh aku gi jalan masuk ke salah satu bilik pemeriksaan. Dalam dok sakit tu, aku pun terpaksa la berjalan ke depan dengan dibantu oleh syani ngan mama. Jenuh gak la aku tarik nafas turun nafas, menahan sakit.

Sampai ke bilik tu, nurse pun check. Dia cakap aku dah boleh masuk wad bersalin. Bukaan aku dah 4cm. diaorg tak perlu masukkan ubat dah dalam badan aku. Lega rasanya. Mmg aku nak sangat bersalin normal sebab dari kata teman2, bersalin secara natural ni lebih baik dari induce. Tak sakit sangat.

Sekali lagi aku dibawa naik kerusi roda ke wad bersalin. Bila pikir balik, nasib baik time tu elok jer dengan time syani dtg. Kalo tak, sapala nak angkut barang2 aku tuh. Sampai di wad bersalin, ada sorang nurse dtg kat aku. Dengan lembut dia bagitau, "sekarang dah tiba masa nak bersalin. Sakit tu mmg sakit. Jadi, ingat Tuhan banyak2 dan kalo sakit nanti tarik nafas panjang2 melalui hidung dan lepaskan kat mulut. Bersabar ya." Sejuk hati aku dengar dia cakap. Lembut jer.

Sepanjang di wad bersalin, aku dengar orang sebelah aku terjerit2, "Ya Allah! Sakit, Sakit" berulang-ulang kali. Takut ada, nak tergelak pun ada. Kendian aku istighfar banyak2. aku gelakkan dia, karang nanti aku pun mcm tu jugak, aku pikir dlm hati. Mungkin bila dah bukak 10cm lagi sakit la kot. Nun jauh katil mana ntah, aku dengar plak suara tangis.. hu, hu, sayu bunyiknya. Menakutkan! Pada masa yang sama,, sakit aku masih lagi berterusan dan makin lama makin kerap. Apa yang aku buat ialah tarik nafas panjang2 sambil menggeliatkan badan sikit. Aku rasa lebih lega kalo buat macam tu. Masa dlm sakit, banyak benda bermain dlm kepala aku. Yang utama, pesan mak. Kalo korang ingat,, aku pernah tulis kat blog janji aku pada mak. Aku berjanji utk kuatkan semangat aku. Aku tak nak mak risau. Jadi, sepanjang tempoh bersalin mmg aku tak menjerit, tak menangis. Aku sengap dan terus amalkan breath in and out.

*Bersambung

Posted by ena at Thursday, January 05, 2006
|

Tuesday, January 03, 2006

menunggu saat itu tiba

syani cuma bleh bagi barang aku ja. tak leh lepak lama2 kat situ sebab bukan time melawat lagi. syani mai ngan mak. aku tingin sgt nak jumpa mak. aku nak bagitau kat mak, jangan risau aku okey. aku tak nak mak naik darah tinggi lagi.
masa dlm wad, nurse suruh semua bangun sebab diaorg nak kemas katil. dah lepas kemas aku pun nak la tarik selimut tu. aku ni spesis kalo baring atas katil mesti nak berselimut walaupun hari panas giler. pastu nurse tegur, kata nanti tak kemas. musykil aku. kalo aku sejuk giler takkan tak leh pakai selimut kot. dah la mmg aku sejuk pun time tu. pastu pasal enpon pun kena tegur. tapi aku buat bodoh jer. dgn enpon tu la aku bagitau perkembangan terkini kat family.
dlm pukul brp ntah, aku kena check-up sekali lagi. dr scan baby aku pastu dr cakap walau cemanapun, aku kena gak deliver hari ni tak pun esok pagi. kalo tak leh secara normal, diaorg akan masukkan ubat. kalo tak, diaorg takut baby lemas nanti. aku sengih jer. terkejut pun ada - aku dah nak beranak!!
pukul 11 lebih, aku dah mula rasa sakit sikit-sikit. aku tgk budak sebelah aku lagi kerap sakitnya tapi bukaan dia baru 1cm. aku bersyukur at least aku dah bukak 2cm tapi masih bleh sengih2. masa pukul 12 lebih, aku dah mula rasa semacam. rasa sakit sangat kat pinggang ngan tulang belakang tapi sekejap jer, lepas tu ilang. namun begitu, aku melantak jugak makan makanan tengah hari yg pihak spital sediakan. nasi ngan ayam kurma. sedap! tak dinafikan, kalo ikut hati mmg aku nak makan licin tapi sakit punya pasal aku bleh abihkan setengah pinggan ja. dlm dok makan tu, sempat gak aku tengok2 pesakit lain. perut masing2 besar, berbeza ngan aku. aku terpikir gak, ish cemana la depa deliver nanti. aku jadik takut plak bila pikir pasal diaorg. tak sedar, aku pun nanti mcm tu jugak.
pukul 1:30 pm, syani dtg dengan mama, abah dan wan. masa ni mmg aku dah mula sakit giler. mama tgk jam tiap kali aku sakit. kendian mama cakap, "ni mmg dah sampai masa dah ni." mula2 aku cuba gak bertahan tapi last2 aku mintak syani panggil dr. tak tahan dah.
*Bersambung
Posted by ena at Tuesday, January 03, 2006
|

Monday, January 02, 2006

Aku kembali...

Wowee!! Sepanjang tempoh aku tak menulis entry baru kat blog ni, mcm2 benda berlaku. Antaranya aku dah jadi mak budak. Isk! Macam tak caya ja. Sepatutnya due date aku masa Christmas ari tu tapi mungkin la gak sebab aku ni dok tingin sgt nak menengok muka baby aku, jadik baby aku tu kuar awal 7 hari. Itulah aku dah ckp kat org2 opis, biar ler aku bercoti awal sbb masa tu mcm instinct aku dok ckp jer baby aku ni kuar awal.

Selain dari tu, citer2 masa kat spital, result razif, pengalaman berpantang.. fuh banyak betul aku nak berkongsi dengan korang semua tapi kena tunggu la. Aku ni pun bkn kat umah sendiri, kat rumah mertua. 'segern' nak guna computer lama2. aku akan citer ala2 diari la kot dan bermula dari hari Ahad, 18 Disember 2005.

Ahad, 18 Disember 2005

3:30 pagi : Sedang aku nyenyak tidor, tiba2 aku rasa katil aku basah. Cepat2 aku bangun masuk toilet. Lama gak la aku dlm toilet tu, kendian aku bukak lampu dan lap cepat2 tilam. Dalam hati, mesti syani gelak besar kalo dia tau aku buang atas katil. Tapi aku terkonpius kejap sbb masa kat toilet, aku nampak ada darah kuar sekali. Tengah aku blur-blur, syani bangun. "Awat?" dia tanya aku. Aku pun jawab la aku terkucil tapi aku konpius sbb ada kuar darah sama. Syani cepat2 suruh aku bersiap ke spital. Aku gelak. Aku cakap la aku tak rasa sakit apa pun, kang buat malu jer kalo doktor suruh balik. Syani tanya lagi rasa mcm mana. Aku kata la aku tak sakit pun. Rilex ja. Aku rasa konpius sebab aku tak tau ni air ketuban ke atau aku yg buang 'small water'. Siang tadi aku gi Carrefour ngan syani dan razif, aku minum air banyak sgt kat sana. 2 gelas air mango (slurp!), aku hentam sorang tu termasuk sikit2 air coke razif yg aku curi2 minum. Dah tu ditambah plak ngan hujan lebat, sejuk2 mcm ni. Jadik kebarangkalian aku buang 'small water' pun bleh jadik gak, kan? Kawan aku cakap, air ketuban ni pekat tapi aku rasa mcm laju, cair ja. Syani pun konpius sama. Last2 dia called mama, mama ckp air ketuban. Aku lak called mak, mak pun rasa mcm tu. Apa lagi syani pun kelam-kabut bawak aku gi spital. Memandangkan aku tak rasa sakit, dah tu impian aku nak bersalin kat DBM, syani pun bawak aku ke sana. Sambil2 tu kitaorg siap gelak2 imagined nanti spital kalut2 rupa2nya aku hanya buang air jer. Buat malu ja nanti. Dah ler jalan jauh2 dari PB ke SJ.

Sampai jer kat DBM, kami tergezut giler. Aikkk?? Spital bleh tutup ke? Tutup rapat. Rasanya tempat dah betul sebelah klinik P tapi apsal bleh tutup? Merapu betul. Kendian syani bawak aku ke HSJ. Dengan hujan renyai2, sejuk giler gigi aku mula la ketuk-ketak ketuk-ketak. Menggigil. Aku sengih2 gi masuk bilik doktor. Doktor tanya kenapa. Aku ckp la aku shenshin kuar darah. Nurse ckp kalo kuar darah kena jumpa dr. tak lama lepas tu, dr pun mai check aku. Check punya check kuar air lagi sekali. Masa ni aku rasa, ketuban ler nih (baru nak sedar), doktor cakap dah bukak 2cm. Teringat kawan aku yg mengalami situasi yg sama tapi dr suruh balik. Aku pun selamba badak tanya, "saya boleh balik ke?" dr tu pun membalas, "haiih.. mana boleh balik. Awak kena duduk di wad." Aku sengih2 lagi. Aku bagitau syani, aku nak beranak dah (selambanya) dan mintak dia dtg bila dah cerah nanti. Takkan nak suruh syani tunggu dari kul 4 pagi kot? Syani angguk.

Masa aku kena check-up, aku tgk ada sorang lagi patient senasib ngan aku. Muda 2 tahun tapi okeylah jenis ramah. Tapi bila kami kena gi masuk wad, aku disuruh duduk kat kerusi roda, yg girl tu plak kena jalan. Aku cakap la, "tak perlah saya boleh jalan." Tapi nurse tu cakap ikut procedure, aku kena dibawak gak naik kerusi roda tu. Hehehehe syiok gak bila ada org heret kita. :p
Keadaan menjadi sedikit kalut bila aku sedar aku terlupa nak bubuh byk benda dlm beg. Pakaian paling penting sekali, aku bleh terlupa. Aku ingat aku dah bubuh, rupanya tak. Kalut aku menelefon syani mintak dia hantar ASAP. Malu betul aku time tu. Ikut hati rasa nak pinjam jer pakaian girl yg satu wad ngan aku tuh. Tapi aku tau, sapa la nak bagi pinjam benda alah tu? Ku tunggu dan tunggu akhirnya dlm 8 lebih syani sampai ngan brg yg dipesan. Lega.

*Bersambung...
Posted by ena at Monday, January 02, 2006
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com