Thursday, December 15, 2005

razif dah tatut!

awal2 lagi aku dah sampai rumah mak. syioknya tak yah gi kerja dah. sepanjang hari aktiviti aku ialah tidor, makan, main ngan anak2 eiry dan bersembang. razif pun dah start citer pasal PMR. dia dah mula terketaq-ketaq. aku paham la dia anak yg last, kakak ngan abang dia lak semua dah lama tinggalkan bangku sekolah jadi pressure dia tu mungkin double berbanding ngan kitaorg.

dia tanya pengalaman aku masa PMR. aku jawab yg masa PMR dulu aku mmg tak study sangat. banyak main. tulah sebabnya keputusan aku pun ada macam2 huruf. kendian aku bagi nasihat kat dia, walau apa pun result yg dia dapat. terima jer. yg penting SPM sebab lepas SPM la baru nak tau halatuju hidup kita. lagipun aku rasa antara PMR ngan SPM susah lagi PMR sbb nak cover dari form 1 sampai form 3. SPM lak form 4 ngan form 5 ja. jadik jgn amik benda ni sbg satu tekanan. dia dah berusaha, apa yg Tuhan nak bagi terima. lagipun razif tu dah bagitau awal2 dia tak mo gi asrama. kitaorg tak kisah. mana2 pun sama cuma kalo minat dia cenderung kepada kerja amali baik apply teknik. ini apa yg dia minat pun aku tak tau. aku cuma nampak dia ni spesis bleh masak tapi dia la plak tak mo masuk sek teknik dlm bidang masak-masak ni. terpulang la kat dia.

lagi satu nasihat aku bagi kat razif ialah percaya pada rezeki masing-masing. kekadang aku tengok bebudak yg pandai giler kat sekolah dulu, bila abih jer SPM semua mmg la pakat amik course yg power-power dan ada plak yg sampai ke oversea tapi bila balik m'sia, sayangnya ramai yg menganggur dan jalan akhir yg diaorg amik jadik cikgu. tu pun jenuh nak bersaing ngan orang lain. bila aku pikir balik, keputusan mohsin berenti dr ehtiem dulu pun ada hikmahnya jugak. kawan2 dia skang yg satu course, ramai yg kerja biasa2 jer jauh menyimpang dari apa yg diaorg belajar. diploma yg dapat pun tak guna, sbb kerja tu perlukan result SPM. kesian kat diaorg. macam mohsin, walaupun tak lanjutkan pelajaran at least skang ni dia kerja kira okey la jugak. perlukan kemahiran dlm bidang sains. terjamin lak tu. kesimpulannya, apa saja yg kita buat.. kita dapat, cuba buat sehabis baik tapi kalau ditakdirkan kita masih lagi buntu dan tak berjaya, percayalah ada satu kebaikan di sebaliknya.

* aku rasa aku patut jadi kaunselor la.. i'm good in giving advice tapi mai kat batang idung sendiri, hanya Tuhan yg tahu.
Posted by ena at Thursday, December 15, 2005
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com