Wednesday, November 30, 2005

Citer satu malam

Kenyang giler aku semalam.. kami gi open house kat rumah kawan aku. pekena laksa, bihun sup, French fries, pudding, buah etc. cara aku jalan pun dah jadi lain, rasa macam senget sebelah jer. hehehehhe.. aku kena makan banyak sebab baru2 ni aku gi check berat aku maintain 56kg. kalo ikutkan aku kena tambah 0.5kg. tatau la nak buat cemana lagi, sebab skang ni apa yg ada depan mata semua aku baham. Yerlah karang dlm pantang, apa pun tak bleh makan.

Lepas sesi makan-makan, kami gi supermarket beli ridsect dan rumah abg A utk hantar brg. Kendian mcm biasa singgah jap PB gi rumah mama. Dlm 9.30 tu kitaorg pun balik sebab nak tgk Dr. House. Citer peberet kami selepas CSI.

Abih Dr. House pukul 11 mlm. Masa utk tiktok. Aku nak ler main game (skang ni aku jadi addicted ngan Solitaire) while syani lak apa lagi pasal business dia la, pasal motor la keta la.. aku cup dulu depan komp. kendian syani dtg,

S: kita nak guna sat. satgi dia guna la plak.
A: kita nak main sat ja. Satu game ja, dia lak guna lama.
S: dah la kita tak cukup tidoq pasai dia. Kita guna sat, lepaih ni dia guna la. Kita nak tidoq awai.
A: (kononnya merajuk) tak pa la… dia guna la. Kita pi tidoq. Dia guna la puaih2.
S: ya la.. ya la.. (terus masuk bilik, solat)

Aku pun main la Solitaire tu. Aku rasa mesti dia merajuk, aku pi ngintip dia kat bilik. Dia dah baring atas katil. Muka muncung. Aku bkn bleh tgk syani muncung2 ni, aku nak hangin. Aku pun berletiaq sat kendian aku kata, "tak pa lah.. kita tidoq luaq" kuar dari bilik air, aku tgk syani berbaring atas sofa depan. Loh… purak2 tidor. Aku amik bantai, selimut, tidor kat luar gak. Bila dah cool sket, aku pun slow talk ngan dia. Syani still buat donno. Aku gi dekat ngan dia, baring sebelah dia. Syani cubit aku,

S: satgi jatuh. Pi la dok tempat lain. Ni tempat kita. Dah la tadi halau kita
A: bila masa kita halau dia? Kita kata kita yg nak dok kat luaq. Kita kata annie bukan syani.

Syani cubit tangan aku, aku cubit tangan dia balik. Dua-dua tak mo lepas. Muka dia dah merah, kami masing2 gelak tapi tak mo beralah. Aku pun kuar ayat power, "dia tau dak baby tak suka tau dia buat mcm ni. Cubit ibu mengandung." Slowly, syani pun lepaskan cubitan tu. Kami gelak2. tapi syani still buat2 merajuk.. kang kalo aku buat derkk, sampai ke sudah la jawabnya.

Akhirnya setelah ½ jam berlalu, ngantuk sama kot.. syani pun beralah.

p/s: hidup berumahtangga ni byk dugaannya, benda kecik pun bleh jadi besar. jadi banyak2 la bersabar dan jangan amik pedulik sangat.
Posted by ena at Wednesday, November 30, 2005
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com