Monday, May 09, 2005

terima kasih mak!

di saat org riuh-rendah busybody pasal annie, mak tak pernah melatah. org sibuk bertanya bila azni nak pregnant? dah berisi ke belum? dengan tenang mak tersenyum dan menjawab, "biaq pi la kat depa.." annie tau dlm hati mak, mesti terdetik juga nak bertanya tapi mak cuma senyap. mak sembunyikan apa yg mak rasa. sebagai ibu, mestilah nak yang terbaik buat anak2 mereka. begitu juga mak. sedikit sebanyak tentu mak juga rasa bimbang kalau annie ada masalah kesihatan. annie faham hati mak. tapi sengaja annie mendiamkan diri dari berbincang dengan mak. bukan annie tak nak berkongsi, cuma annie tak bersedia. annie suka dengan keadaan annie sekarang dan annie tak nak buat mak risau.

beberapa minggu lalu, annie beritahu mak berita yang agak memeranjatkan. pertama sekali yg annie khuatirkan, annie risau mak terkejut lantas darah tinggi mak kembali lagi. annie tak tau cemana nak memulakan. jadi, apa yang annie buat ialah cuba jadi selamba. Alhamdulilah walaupun ada kelainan di wajah mak, mak masih cuba tersenyum. di sebalik senyuman mak, sebenarnya annie tau mak risau. selama ni, mak cukup risau kalau annie mengandung. bukan mak tak suka. Tak! sebabnya masa mak lahirkan annie, mak mengalami alahan yang amat teruk dan mak nyaris2 kehilangan annie. mak takut annie alami perkara yang sama.

dengan nada yang lembut, mak memberitahu apa yang terbuku di hati. "mak tau apa yang mak kata ni bukannya elok. mak tau mak tak patut rasa macam ni. bukan mak tak suka, cuma .... selama 9 bulan mak mengandung anak-anak mak. kalau boleh, mak tak nak segala kesakitan, kesusahan yang mak rasa.. anak-anak mak pun rasa sama. tapi mak faham, ini semua mmg semulajadi dan mak akur." annie tersenyap. annie faham dan annie rasa kalau ada rezeki annie, apa yang mak rasa sekarang sama lah dengan apa yang annie akan rasa pada masa depan. apa yang mak ungkapkan pada annie, sama dengan apa yang akan annie katakan pada anak2 annie. mak, annie akan cuba yakinkan mak, annie akan cuba jadi tabah macam mak, macam eiry. annie tau annie lemah tapi Insya-Allah semangat annie kuat. annie akan cuba ubat, pemakanan atau apa saja sebab annie tau, annie tak boleh nampak sakit depan mak. annie tak nak mak risau lagi!

buat bonda tersayang, rokiah binti ahmad.. tiada kata yg boleh annie lafazkan, tiada hadiah yang mampu annie berikan kerana kasih-sayang mak adalah harta paling bernilai dalam hidup annie. tak ada apa yang boleh menggantikannya. annie sayang mak!
Posted by ena at Monday, May 09, 2005
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com