Monday, April 11, 2005

mykelisa.blogspot.com

pejam celik dah setahun lebih dah mykelisa.blogspot wujud dlm idop aku. tak sangka dah byk entry yg aku post. ada suka, ada duka, ada seram, ada lawak. tak silap aku antara entry yang terawal ialah masa ulang tahun perkahwinan mak ngan abah aku. aku citer cemana kat kampung dulu, mak aku umpama erra fazira dan abah aku plak umpama yusri kru. tahun ni mak ngan abah nak sambut anniversary ikut kalendar Islam yang jatuh pada hari Maulidur Rasul. lepas tu mak ngan abah dah cakap awal2, tahun ni mak ngan abah nak belanja makan. nyam!nyam!

aku mula kenal dunia blog masa surf internet. entah cemana aku ter'sangkut' kat blog kak wynn. bila baca entry kak wynn selama lebih kurang seminggu lebih, aku pun rasa hati ni membuak-buak nak buat blog sendiri. aku cuba tanya beberapa blogger lain cara nak bina blog tapi hampa tak der yang membantu. syani lak masa tu menyombong tak nak tolong aku. dia cuma tunjuk sikit2 jer (aku rasa dia tatau tapi taknak ngaku :p), pastu aku pun memberanikan diri hubungi kak wynn dan tanya cemana nak buat blog. dari situ lak, aku mula belajar guna bloggar.com dari kak ifa alyana (kawan kak wynn) dan Alhamdulilah sekarang ni, blog aku dah banyak berubah. siap ada video clip lagi hehehehe.. kepada mereka aku ucapkan toche!!! mereka sudi beri tunjuk ajar walaupun mereka tak kenal aku.

masa mula-mula bina blog nih, dlm kepala otak aku cuma nak buat tempat release tension. luahkan apa yang aku rasa. Alhamdulilah mmg berkesan utk melepaskan stress yg bersarang sekian lama. aku tak sangka kekadang tu ada entry aku yg 'terkena' dengan idop orang lain. bukan dari konteks negatif tapi perasaan yg kami alami adalah sama. satu lagi, apa yang membuatkan aku rasa terharu dan amat berterima kasih ialah bila ada reader yang dpt rasa apa yang aku rasa. mereka dpt menjiwai perasaan aku yg kelam-kabut!

aku tak pasti sampai bila aku akan terus menulis. satu perkara yg aku blm nyatakan ialah adanya blog ini kerana aku pernah membuat janji kepada teman-teman. aku berjanji, kalau aku tut!tut! aku akan hebahkan satu malaysia. aku rasa satu cara yg mudah dan murah ialah melalui blog. sehingga kini janji tu blm dapat aku sempurnakan dan selagi ia blm dicapai, selagi tu Insya-Allah blog ini akan terus hidup.
Posted by ena at Monday, April 11, 2005
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com