Monday, March 07, 2005

terima kasih, sahabat...

cuti dua hari lepas, aku banyak menghabiskan masa membaca diari lama. mula-mula tu.. ingat nak baca sebab nak rasa balik hidup masa form 5. agak menarik. sebab bila baca balik, baru aku sedar yg satu ketika dulu aku pernah dihimpit dengan pelbagai tekanan dari keluarga, rakan, pelajaran dan ehem! ehem! hehehhehe.. biasalah zaman remaja! satu benda yg menakjubkan, aku boleh hadapi tu semua.

bila baca balik... selama ni aku ingat idup zaman sekolah biasa jer, dull, boring.. tapi aku salah. aku terlupa tentang kawan-kawan yg satu masa dulu banyak menasihati aku dan selalu bersama aku. ketika aku dibebani dengan pelbagai perkara yg bagi aku kalo tak kuat iman, mau hancusss tapi dengan adanya mereka, aku tak macam tu. tipulah aku kalo aku kata aku tak pernah menangis. aku akui memang aku pernah menangis tapi aku amat tabah.

bila dikenang balik, bagaimana aku menghadapi liku-liku dan segala onak duri.. aku sedar ada sahabat yg sentiasa menemani aku. walaupun mereka mungkin bukan orang yang sama tetapi merekalah sahabat sejati. Alhamdulilah! aku bersyukur kerana aku ditemukan mereka. Aku tak pasti di mana mereka berada sekarang. masing-masing telah punya haluan hidup sendiri tapi andai kata aku bertemu sekali lagi dengan mereka, ingin aku katakan bahawa aku amat merindui mereka, aku berterima kasih di atas persahabatan telah terjalin dan aku akan sentiasa mendoakan mereka kebahagiaan dunia akhirat.

*buat teman-teman yang membaca blog ini, aku berharap persahabatan antara kita akan kekal selamanya. keep in touch!
Posted by ena at Monday, March 07, 2005
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com