Sunday, March 13, 2005

razif yang bersemangat

razif skang ni mmg bleh nampak bersungguh-sungguh dalam pelajaran. kekadang kesian gak tengok dia. aktiviti dalam satu hari tu bleh dikatakan penuh diisi dengan aktiviti sekolah, tusyen, kerja rumah, ulangkaji dan blablabla. masa mula2 dulu, abah ada suruh dia buat jadual kat rumah tapi bila dah tengok jadual dia sendiri pun dah padat.. abah sengap jer. sejak razif masuk form 1 di SMPB, mmg macam tu la idop dia especially bila nak dekat exam. kalo hari rabu tu kira kemuncak kesibukan sebab dia cuma sempat rehat selama 1-2 jam di rumah sebelum balik ke sekolah untuk aktiviti Pengakap. malam lak buat homework sampai kul 11 kendian baru tidor. pernah sekali mak citer, dia tertidur masa tengah study. yang buat mak rasa kesian, bila tengok pen tu masih tegak lagi di jari razif. beberapa minggu lepas lak, razif mengadu jari dia jadi cam bengkak ke kematu ntah sebab menulis terlalu lama.

tapi.. razif tak pernah nak komplen. cuma skang ni dia risau dengan subjek Arab. dia mmg selalu dpt teruk. mmg la susah kalo nak score sebab masa kat sek. rendah tak belajar langsung bahasa Arab, tup2 kena buat karangan masa PMR. kat rumah pun, cuma mak sorang jer tau tapi tu pun mak dah ingat-ingat lupa sebab dah lama tinggal sek. agama dulu. cian adikku itu, sebenarnya dia tak mo amik Arab tapi sekolah dia tu paksa student RK amik subjek tu walaupun ramai student lagi yang tak mau. setakat ni cuma sorang jer terlepas, tu pun lepas jumpa guru besar + kem. pendidikan. this made me and eiry think sama ada nak fight utk razif atau tak. sayang la kalo katalah result dia bagus, tup2 Arab tu problem. actually bagi kami nak belajar, no hal. mmg bagus pun tapi aku rasa utk amik exam.. mungkin dia belum ready untuk tu. em... ada sapa2 bleh bagi advice?

buat masa ni, aku bleh tolong sponsor buku-buku rujukan dia utk PMR. sambil2 tu, aku bagi motivasi/tips sket dan beri perhatian penuh ttg masalah dia. aku tau, masa-masa macam ni mmg bleh mengundang tension. aku tak nak dia tertekan nanti. dulu masa darjah 1, aku ingat lagi bila mai exam.. tangan dia sejuk dan bibir dia pucat. dia nervous. bila tgk style dia camtu, kami tak pernah nak paksa dia belajar. Alhamdulilah.. walaupun kami tak pernah nak paksa, dia sendiri yang sedar ttg pentingnya exam nih. ataupun.... actually, my sis dah made a promise ngan razif.. eiry akan bagi RM10 utk setiap subjek yg dia dpt A. aku rasa mungkin mohsin ngan aku sendiri akan buat perkara yang sama. tapi apa2 pun wait until we got the result first, then we'll talk.
Posted by ena at Sunday, March 13, 2005
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com