Thursday, March 31, 2005

eppi birthday razif!!!

tadi kitaorg celebrate birthday razif. simple jer. mak masak nasi beriyani dan aku plak beli kek. tu pun razif bising sebab dia ni spesis cam aku gak la. tak suka celebrate birthday. setakat wish, hadiah tu mau la tapi nak raikan macam kek, nyanyi2 tu tak brp berminat. rasa manyiak malu lo..

seminggu sebelum birthday razif, aku dah mula fenin kepala memikirkan apa la nak bagi kat dia. kalo pompuan senang, bagi la teddy bear ka, bunga ka, t-shirt ka semua okey tapi kalo lelaki, isk apa nak bagi yek? lelaki mana suka bunga, teddy bear jauh sekali.. barang kalo yg diaorg berkenan pun mahal gilos. nak kasut bola, yang berjenama lak tuh. setakat kasut jenama wawasan 2020 langsung tak layan. dah tu baju lak, mesti yg memenuhi citarasa. kalo ada silap sket jer, baju tu langsung tak mo pakai. susah tul! aku cakap ni bukan ditujukan kepada razif saja tapi aku rasa semua lelaki camtu. em.. siapa kata perempuan cerewet? rasanya lelaki lagi la memilih. tul tak?

pikir punya pikir.. akhirnya aku ada idea. aku belikan dia pencuci muka cap clearasil. family aku kata, iskk tak dak benda lain ka nak beli? tapi.. razif lak mcm suka jer benda aku bagi. penat aku mengexplain cara-cara nak basuh muka guna pencuci tuh. 3-4 kali dia tanya, "kak ni, muka nak basah dulu ke kering?" "kak ni, nak pakai berapa kali sehari?" "kak ni, lepas bubuh kat muka nak biar sampai kering ka?" "kak ni, agaknya dalam masa sejam baru bleh cuci muka balik yek?" "kak ni, kalo razif pakai nih kulit bleh jadi putih tak?" iskk budak nih.. terpaksa la aku buat demonstrasi depan dia. ops! jgn pikir adikku ni spesis lembut yek. aku rasa dia tak tahan kot tgk pimples yg berselerakan kat muka dia tak pun aku rasa ehem! ehem! aku rasa mcm dia dah ada gelpren. mues mues mues.. nak kena siasat nih.

sebelum aku balik, aku hulur RM** kat razif. tak perlah sekali-sekala. buat beli kad top-up
Posted by ena at Thursday, March 31, 2005
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com