Saturday, December 25, 2004

x-files versi malaysia episode 2

session dah start malam tuh. biasalah.. last minute nyer program, semua kena express. start kul 8 lebih dan end at 11:30 pm. pastu ada supper. mata aku dah berat sangat nak angkat. makan pun tak lalu. nak balik.... keadaan yg sungi itu telah memboringkan aku. aku pun ckp la kat member, "isk.. sungi tul tempat nih".. tetiba dr. zul menyampuk, "mmg la. org dtg sini balik hari. tak dok lama-lama" aku tanya dia, "awat?" kendian ngan slumber nya dia bagitau, "sini kawasan jin. ada byk jin kat sini." tersengap aku. tak mo teruskan conversation, karang aku takut.

nak dekat kul 12 tengah malam, baru la kengkawan aku abih makan. kami bertiga mintak org hotel antar kami. yerlah nak jalan malam2, panjat bukit.. eieiie tak mo la aku! driver tu bawak member dia sorang. saja la kot. tapi dlm ati aku, mesti driver nih takut gak. aku dpt rasa kehadiran 'misteri nusantara' kat tempat tuh. sampai kat chalet, aku tak senang duduk. sebabnya k. arn member sekatilku, tak balik lagi. big boss tahan, tak gi balik. risau gak minah tu jalan sorang2 nanti. tgh lepak2 jap atas katil, tetiba long panggil aku, "azni, azni.. kenapa aircond tutup sendiri?" aku dah terkujat. rasa cam kena heart attack. dlm ati, isk.. apasal la amoi ni tegur?? aku bagi mcm2 andaian. mungkin si rina tutup kot.. dijawabnya tak. dia nampak sendiri aircond tu tertutup. timer kot.. dijawab lak dia tak der timer. terus aku jerit, "rina! rina! kuar!" si rina lak dlm toilet. rasa cam nak pitam. last2 long main2 ngan remote tu, baru ok balik. huhuhu nak balik! kendian, si rina kuar dan kak arn pun dah balik. fuh! lega! tapi still rasa tatut! tengah baring-baring, si rina dtg bilik. "Kak Nie, nak tidor sekali.. tadi rina dah slowkan aircond tapi long pasang kuat. rina tak tahan sejuk." tak perlah.. berhimpit la kami tiga org atas katil tuh. long lak dah belayar jauh.. dia tak sedar dia tidor sorang2 malam tu..kekekekeke..

esoknyer, baru long sedar dia tidor sorang2. rina pun explained yg dia gi bilik kami sbb tak tahan sejuk. long heran. sebab dia tak kaco pun remote aircond tuh. misteri mula menyelubungi... sapa yang ubah suhu aircond tuh? gulp! pagi tuh, masa tengah break masing2 bukak citer. ada beberapa org kena kaco. bos kecik, citer dlm kul 5 lebih.. dia ada dengar bunyi kat tingkap. dia pun pi la bukak tingkap tu. tetiba dia nampak cam manusia bergantung kat cermin bilik dia. terus dia tutup tingkap. dia tak sedar, bila dah tutup baru dia terpikir. kalo manusia ataupun haiwan, mesti tergezut bila bos kecik bukak tingkap. mesti lari, ini idak.. ni benda tu tengok balik bos kecik. mcm tak der hal. yang lain lak, pintu terbukak sendiri.. nampak bayang la.. masa kami sembang tu, ada sorang staf terdengar perbualan kami. kami pun tanya pasal misteri nusantara nih. dia ngaku.. dia pun ada cakap, masa dengar aku citer tu.. dia dah rasa mesti benda tu. nasib baik aku dok situ satu malam ja!

sepanjang hari, kami citer pasal kejadian2 pelik tapi benar. pihak hotel lak berjanji akan tutup bilik bos kecik sampai semua 'bersih'. ntah2 bilik eksekutip aku pun sama kot.. sebab tetiba dpt chalet. mues mues mues.. lepas ni, aku akan lebih beringat bila gi mana2 hotel. dan.. aku rasa serta harap aku tak tido kat sana dah. teringat zaman kat o10b dolu.. tak mo ulang...

bagi korang yg suka adventure, pelik2 boleh la berkunjung ke sana. lagi satu, resort tu provides mcm2 aktiviti. mmg besh! kalo korang nak rasa aktiviti mcm aku citer dlm episod 1 tu, silakan. memang berbaloi! macam-macam ada. titian gantung dia pun, mmg mencabar kekuatan minda dan fizikal. aku rasa cam nak rekeman jer kat tv3 buat explorace kat situ. memang sesuai!
Posted by ena at Saturday, December 25, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com