Thursday, December 23, 2004

x-files versi malaysia episode 1

lega dah balik parit buntar. walaupun cuma kejap ja aku kat sana, tapi kurasakan sebulan. aper2 pun parit buntar ni jugaklah yg menawan kalbu. tempat peranginan tu mmg besh. rasa mcm pi indonesia. sampai jer dah ada org sambut, siap amik beg. buh dlm keta kecik tuh. layanan mmg orait! dah tu ada lagu tradisional bali. sekali dengar mcm sedap, dua kali dengar rasa cam takut pun ada gak. walau cemanapun, aku ingat pesan mak. bila jejak pulau tu jer, aku dah baca macam-macam doa. mohon dilindungi. yerlah tempat tu pun, bukan calang-calang tempat.

pulau jerejak. sapa tak tau? tempat tahanan dolu-dolu. masa sampai tuh, aku sempat baca kat dinding sejarah pulau. tu dia aihh.. menggeletaq gak la kaki ni kejap. dasat sungguh tempat tuh. sejarah tu mmg agak mengerikan. dah ler pulau tu dikenali sebagai alcatrez malaysia, tempat banduan-banduan digantung dan dipenjara. tak cukup ngan tu.. tempat ni jugaklah depa letak pesakit-pesakit tuberculousis dan imigran-imigran utk check kesihatan sebelum masuk mesia. selain dari tu, diceritakan jugak yg tempat ni berlaku gak peperangan. somewhere kat pulau tu depa buat tugu peringatan tapi yg seram bulu roma, tengkuk dan lain2 lagi bila mai kat kenyataan "tak sapa tau di mana lokasi sebenar mangsa-mangsa tu ditanam." tak ke haru tuh? boleh jadik kat mana2 saja. di sini, di situ, di sinun. ikut ati, nak jer aku lari naik bot. nak balik!! dah la aku ni penakut.

bila check-in, fuh mmg cantik tul tempat ni. penuh ciri-ciri design bali. rasa cam kat 'obersi'. masuk bilik tidor lak, fuiyo.. romantik abih. berangan jap nak bawak syani. really nice. walaupun sepatutnya aku dok bilik eksekutip tapi tak tau la pasai apa, depa ganti ngan chalet berkembar. oraitlah sebelah tu pun member, senang kuar masuk bila kami bukak pintu tgh tu. lagipun okeylah bilik ni.. petang tu, tak mcm hotel yg pernah aku pi. kendian, kami berempat jenjalan tepi pantai. heran. tak nampak sapa pun. sungiiinyer. tapi mmg peaceful la. sapa yg nak jauh dari orang, meh la sini. expatriate cukup berkenan tempat nih. cam aku tak bleh, sungi2 lagi aku tensen. sambil jenjalan tgk plak kat papan aktiviti. wow! macam-macam ada.. rock climbing, flying fox, abseiling, suspension bridge, hiking.. best tul! sayangnya aku gi kejap, kalo idak mau gak aku join aktiviti-aktiviti ni. tapi benda ni bukan foc. kena bayar.. reganya pun em... bleh la tahan.

* bersambung.....




Posted by ena at Thursday, December 23, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com