Saturday, December 04, 2004

piala malaysia

perlis menang 1-0 mengalahkan kedah. baguslah lagipun shian perlis coz tak pernah menang piala malaysia. aku tak akan ulas2 pasal permainan bola sepak. kalo yang ni si dean pandai la..

sepanjang idup aku setakat ni, cuma sekali jer aku tgk perlawanan piala malaysia secara live di bukit jambul. tu pun secara 'sulit'. waktu tu perak vs. terengganu.. bukan senang nak dpt tiket, tapi syani berjaya dapatkan tiga tiket utk aku, dia dan poi. masa tu blom kawen lagi.. kerja kat tepeng lagi waktu tu. aku nak pergi.. yelah bila lagi nak dpt peluang camtu lebih2 lagi perak yg main utk final. cuma masalahnya.. of course le abah aku mesti tak bagi. tak payah tanya.. aku dah paham sangat ngan cara abah.

jadik, i lied.. i told them, "annie tak balik minggu ni. byk kerja" but actually aku balik cuma... tak balik rumah mak ngan abah. aku gi rumah eiry. nasib baik la akak aku ni sporting dan amat memahami. jadik, pada hari sabtu tu.. aku, syani n poi bertolak kul 6:45 pagi dari pb ke bukit jalil. sepanjang perjalanan.. Ya Allah! mcm2 benda jadik.. tu lah Tuhan nak tunjuk. tapi nasib baiklah kami selamat.. idup lagi. mula2 tu, syani kena speed trap kat ipoh. setelah merayu-rayu kat polis dan bagi alasan, kami penyokong kuat perak.. akhirnya en. polis tu bagi warning jer. sampai kat mana ntah, kami gi berehat kat r&r, syani terlanggar divider depan tuh.. kemek keta satria. iskkk.... tak per semangat nyer pasal, kami buat dekk perjalanan diteruskan.. sampai kat mana ntah tetiba ada sorang aunty tu tunjuk2 tayar kami (masa tgh drive) jadik kami berenti lagi kat r&r, rupa-rupanya tayar kami problem. keluar asap. tak der tayar spare.. aduss!!! cemana nih.. tapi tak per boleh lagi jalan. kami teruskan gak perjalanan. tawakal jerlah.

kami sampai dalam kul 1 lebih, berehat di masjid shah alam, solat dan mandi.. kendian gi stadium. besh ooo... mcm2 ragam, masing2 penuh semangat. siap conteng muka, jadik maskot. beshhh sangat! bising! meriah!! kat stadium, aku siap buat ombak lagi. kekekeke.. sambil tu dengar org depan dok maki hamun. eleh.. macam la depa tu dengaq. permainan mmg okey, perak byk menguasai permainan tapi tu lah tak der rejeki.. perak kalah. dlm kul 12 lebih baru bleh kuarkan keta. lepas antar kawan syani, kami terus balik ke pb.

penatnya.. cuma Allah saja yang tau. dah la tak cukup rehat, tidor nak kena balik ari tu jugak. sbb ari ahad syani kerja. shiann syani penat dia sbb kena drive. akupun teruk gak sbb si poi sedap tidoq kat belakang. syani ni jenis kalo drive, org sebelah dia jangan tidoq nanti dia pun nak tidoq gak. aku jenuh la cubit paha, kaki, tangan aku tak bagi tidoq. ngantuk gila!! nampak jer tempat rehat, kami berenti.. tidor dlm 1/2 jam.. lepas tu drive balik.. sampai rumah eiry kul 6 pagi.

hari tu, aku tidor dr kul 6 pagi sampai kul 6 ptg. bangun, gi psr malam. tetiba terserempak ngan abah. oh-o.. nasib baik abah tak perasan coz aku terus berlari ke tempat lain. dan sampai skang, abah aku tak tau citer nih. syh.... mak aku tau. tupun lepas kawen, baru aku citer kat mak.

satu pengalaman yg tak mungkin aku lupa. mcm drama.. seronok, cemas, ada gaduh-gaduh tapi akhirnya happy-ending.
Posted by ena at Saturday, December 04, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com