Thursday, December 30, 2004

Marah pada Siapa?

Ada yang marah-marah sebab keta, motor, sampan dan juga rumah rosak. Ada yang merungut dan maki hamun sebab barang yg mahal dan berharga ranap sekelip mata. aku faham.. Sapa tak sedih... Tapi bila ada yang merungut dan marah2 ni, terdetik di hati aku.. kalau nak marah, marah pada siapa? Tuhan? Astaghfirullahulazim.. Setiap kejadian tu, ada penyebabnya dan hikmahnya tersendiri. Allah s.w.t tak akan mencipta sesuatu kejadian tanpa sebab. Sekurang-kurangnya kita kena bersyukur, nyawa masih panjang dan ada masa untuk kita perbaiki diri kita. Barang boleh dicari, simpan duit.. mula hidup baru tapi kalau kehilangan orang tersayang. Boleh ke kita tebus balik? Tak boleh.. Jadi ambil iktibar ke atas apa yang berlaku.

Bagi mereka yang kehilangan orang tersayang, saya ucapkan takziah. Semoga kalian tabah menghadapi dugaan ini dan didoakan agar mereka yang terkorban ditempatkan bersama orang-orang yang beriman


Derma

Sana sini, kutipan derma sedang dibuat untuk bantu mangsa Tsunami. Aku rasa tak perlulah kot aku letakkan link ke sini sbb memang banyak organisasi buat kutipan ni. Kalo ada antara korang yang tak tau mana nak salurkan sumbangan, boleh la join sekali ngan aku. Cemana pembayaran, guano barang-barang nak ngantar.. sila hubungi aku melalui YM. Kat office ni, aku yg handle pasal kutipan Tsunami. Jangan lak kata aku cuma kesian, tapi tak bagi apa pun. Apa saja kebaikan atau keburukan yang aku buat, itu antara aku dengan Allah. Tak perlu la aku citer di sini. Balik kepada sumbangan, dari office ni, kami akan hantar ke Induk untuk diselaraskan.

Kiciwa jap, aku cuba membantu mangsa Tsunami tapi bila mohon derma orang ramai, semua pakat kata "duit kelab ada.." pastu mula marah-marah. Isk isk isk.. Manusia oh Manusia! Nak derma atau tak, terpulang pada diri masing-masing. Tak der paksaan. Aku cuma mencanangkan yang office ada buat kutipan. Kalo rasa tak boleh, tak nak.. tak per senyap jerlah. Aku pun takkan tanya. Saper yang nak bantu lak, boleh jumpa aku. Aku akan uruskan bagi pihak diaorg.

* Kejam sungguh kejam, bila ada yang cuba amik kesempatan dari tragedi ni..
Posted by ena at Thursday, December 30, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com