Tuesday, October 26, 2004

Gaji + Bonus : Yabedabeduuuuuuu!!!!

wa.. dah masuk dah pun gaji + bonus aku. Alhamdulilah..nanti awal bulan 11 nanti masuk lagi gaji sempena nak deepavali dan hari raya. nak kena berjimat, tok leh nak enjoy sakan. aku tak der plan byk sangat dengan doit bonus sebab banyak lagi benda nak kena pikir. setakat ni dlm kepala otak aku, aku nak mekap sikit la kelisa aku tuh. bukannya lebih2 cuma nak perbetul sikit ke apa yang kureng. aku suka kalo kelisa aku tu nampak cam asal, simple. aku rasa cute sangat kalo camtu. kalo bleh aku nak tukar rim tayar. aku baru sedar kelisa ada sikit kureng kat situ. cover tayar tu senang sangat patah, masa baru beli dulu bawak laju jer sikit mula la benda alah tu terkeluar. gerem betul! tapi rupanya bukan aku sorang jer ada masalah camtu, ramai lagi. kalo tengok kelisa yg model baru, cuba korang belek kat tayar. hampir semua failed kat situ. last-last tak yah pakai cover tu. biar, puaih hati! ada org ckp, jadi lagu tu sebab tayar kelisa ngan cover tu tak compatible. sbb tulah suka tercabut. apa2 pun, i love my kelisa!

apa lagi yek nak buat ngan doit bonus? em.. preparation utk raya la kot.. baju aku tu pun tak berjumpa lagi. em..kalo tak der gak yg berkenan, nampak gaya pakai jer baju kebaya yg baru aku buat tuh. tak per sanggup lagi daripada beli benda yg tak berkenan. lagi tak puaih hati.. bakinya tu masuk jer dlm asb. senang, tak yah pikir panjang.

oh ya! sblm aku terlupa.. hehehehe aku nak ucapkan terima kasih kat kengkawan semua yg sudi bagi email-email kawan korang utk aku participate dlm defeat boredom contest (kelisa) ntah nama apa tah tajuknya, aku hentam jer. hehehe THANKS sbb korang, kami dpt saguhati. Alhamdulilah.. McD RM20 voucher. oraitler tu.. sapa nak bagi pree-pree rm20 untuk melantak kat McD. kami? tentulah saya dan syani.. paling syiok tu cuba korang click kat sini, em.. bawah sekali.. nama aku dan kat sebelah tu elok plak nama syani. wa.. tak dapek dipisahkan!
Posted by ena at Tuesday, October 26, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com