Saturday, September 11, 2004

Budget

Budget

Kelmarin, menteri2 kita berhimpun dan berbincang ttg halatuju ekonomi negara. Aku nak mengulas panjang2 pasal belanjawan ni, mmg aku tak reti. Setakat amik ekonomi asas kat sekolah menengah jerlah. Dengan ilmu yg cetek, aku tau aku tak layak citer psl kenaikan ke penurunan ke saham.. mmg aku tak donno. jadik apa yg aku tulis ni berdasarkan aku seorang rakyat biasa dalam golongan pertengahan.

Alhamdulilah.. thn ni semua kakitangan kerajaan dapat bonus minimum RM1,500 atau 2 bulan gaji bagi mereka yg berpendapatan bawah RM1000. semalam aku ngan syani dok calculate, Insya-Allah kalo ada rejeki boleh kot thn depan kami beli rumah. Elaun perumhan pun naik. Lega. Kalo ikutkan zaman skang ni mana nak cari rumah sewa RM135? Ptg tu, sempat kami meronda kawasan rumah idaman.. (kalo menang I wish contest pun bagus gak) saja2 ja.. kami akan kumpul duit slowly, kalau ada rejeki alhamdulilah…

Rokok naik harga lagi. Mahal gilos! Nasib baik la syani tak hisap rokok… lega sangat. Teringat aku dgn mhi semalam, ada surirumah called minta jgn naikkan harga rokok sbb pada pendapat dia, rokok mahal cemana sekalipun org tetap beli. Sedikit sebanyak terjejas gak pendapatan isirumah. Susah nak stop smoking, aku tau sbb abah aku hisap rokok. Once terjebak, susah dah nak berenti. Tapi fikir2kanlah sesaper yg hisap rokok, betul2 worth it ke hisap rokok ni dgn harga yg mahal gilos? (nanti aku cari solution cemana nak stop smoking, k?)

Aku tau apa yg aku harap ni mesti tak dapek punyo. Aku nak harga keta luar negara turun, kasi mampu milik. Mmg tak dinafikan keta kita masih lagi murah tapi kalo tak disebabkan oleh cukai etc. harga kereta tempatan ngan harga kereta luar negara lebih kurang ja. Lebih memilukan kalo check balik harga keta luar negara, setengah daripadanya jauh lebih murah dari Gen-2, Waja, Wira dll. Jika dibandingkan, luar negara harga minyak diaorg mahal tapi harga keta murah. Kalo negara kita plak, harga minyak murah sket jer (walaupun kita ni negara pengeluar) dan harga keta plak mahal giler. Aku sebenarnya dah boring. Bila stuck kat traffic jam, tgk sebelah kiri ada keta tempatan, tgk sblh kanan pun keta tempatan gak. Selalunya keta wira lah. Sampai naik jemu. Tensen aku! Aku tau mungkin salah satu sebab kenapa jadi camni sbb kita nak jaga kereta buatan Malaysia. Tapi kalo kita nak maju, kita kena terima persaingan ni. Cuba tgk kereta jenama lain, selalu bertukar2 model, tapi proton? Baru skang nak berubah tu pun lebey kureng ja. Aku yakin kalo kualiti bagus, harga bagus, design mengikut trend terkini of course kereta buatan Malaysia ttp jadi kereta no. 1. Mungkin dlm budget2 akan datang, boleh dipertimbangkan kot?

terima kasih kepada PM yg aku rasa belanjawan kali ni mesra rakyat. Alhamdulilah....


Posted by ena at Saturday, September 11, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com