Monday, August 09, 2004

kebersihan diri

kebersihan diri

Korang tengok tak 3r semalam? Interesting topic. Mmg diakui tak ramai yg berani bercakap ttg personal hygiene especially when it comes to smelly hidden parts. Yg buat susah tu, kita tak tahu dan tak sedar kita ada masalah bau badan. Cuma org sekeliling kita jer tahu.

Ini kisah benar. Kawan aku selalu merungut pasal ketua dia yg ada masalah bau badan. Dari cara dia cerita mmg meloyakan. Satu office merungut tapi tak der sorang pun yg berani tampil dan beritahu terus-terang dekat ketua tu. Tiap kali dia masuk pejabat dan bercakap, jenuh diaorg tutup hidung/tak bernyawa utk beberapa saat. Kesian gak sebab ketua ni baru jer ditukarkan ke jabatan tu. Tak der orang yg nak ajak makan sekali ke, ajak sembang ke. Dia betul-betul lonely. Ada jugak staff bagi hint, tapi masalahnya ketua ni tak paham-paham. Cemana nak buat tu? Aku pernah gak la mengalami situasi yg sama. bila ada sorang customer masuk bilik aku tanya pasal program kami. Jenuh aku control, dia kuar jer terus aku sembur air freshner, bukak pintu bilik luas-luas dan pasang air-cond sampai max. bau ikan!

Yg ni plak pasai armpit's hair. Please la.. sesaper yg tak buang tu.. tolong la.. pakai baju berlengan. Dan kalo nak buang pun, pilihlah tempat yg strategic. Ada sekali tu aku tgk sorang pompuan, sedap jer cabut that thing. Cuba teka kat mana? Dlm restoran. Dia anak owner restaurant tu, masa tu mmg tak der org tapi pikir2 la org yg lalu-lalang. Sakit panorama aku tgk. Kalo tua bleh maafkan ni muda lagi dlm awal 20an. Aduih!!

Ni lagi satu contoh, beberapa minggu lepas masa aku ngan syani melayan wrestling kat restoran mamak. Sedap jer kami hirup udara malam yg segar sambil pekena teh o panas tetiba dengar org berbual dan kendian terbau la plak satu bau yg maha busuk. Bau gigi! Uwekkkkk nak termuntah aku. Masa taip benda ni pun, aku dah rasa loya. Terbau lagi di ingatan aku. Uwekkkk…

Aku tak tahu kalo aku ada masalah kebersihan diri atau tidak tapi lepas jer tgk issue 3r semalam dan mengenangkan kembali pengalaman-pengalaman tu, aku akan jaga betul-betul kebersihan diri aku. From head to toe. Biar bersih betul-betul. Dan satu lagi, aku akan pastikan aku memilih pewangi yg sesuai sbb kadang-kadang tu pewangi yg salah boleh buat bau badan kita busuk.

Cadangan aku
Sesaper yg mengalami situasi mcm kawan aku tu, apa kata korang beli sabun ke, deodorant ke letak atas meja dia. Pastu korang tulis note. "anda ada masalah bau badan. Sila guna bahan-bahan ini." Tak pun korang tulis tips menghilangkan bau badan atas meja dia.

Links on related topic
Web health centre
Healthy life tips

Posted by ena at Monday, August 09, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com