Sunday, July 18, 2004

cian zikry

cian zikry

ari khamis lepas, zikry ditimpa kemalangan. bukan accident yg dasat2 tu. kureng sket tapi masuk bilik kecemasan la jugak. semuanya bermula bila tengah hari tu aku balik utk jenguk mak. masa tu mak tengah bakar ikan kat belakang rumah, zikry lak mcm biasa dengan riangnya dia menunjukkan aku apa benda tah.. aku buat dekk jer masa tu sebab tgh bersembang ngan mak. tetiba zikry menjerit.. tangan dia lak keluar darah.. byk la jugak.

kelam-kabut aku dukung zikry dan pujuk dia. cuci sikit celahan jari dia. rupanya dia main kat cermin blkg rumah. ntah cemana dia sentuh benda tu, celahan jari tunjuk ngan jari tengah tu luka. cari minyak angin, tak jumpa last2 aku bubuh minyak hijau sambil dukung dia. walaupun panas sikit tapi kat situ ada tulis utk luka2 kecil. aku pujuk dia, bawak dia gi kedai dan beli belon. dia pun tak nangis dah.. boleh senyum lagi..

aku ingat abih waktu tu jerlah. malam tu, abg nazil paksa zikry tunjuk lukanya tu. tengok2 mmg dalam luka tu, terus eiry ngan abg. nazil bawak gi klinik. sampai klinik lak, doktor panggil abg nazil masuk dan doktor tu minta maaf sebab tak bleh rawat luka tu. kes tu dirujuk ke unit kecemasan di hospital. bawak le pulak zikry tu ke hospital, sampai hospital lak, doktor sampai 3 orang merawat zikry. jenuh diaorang pegang zikry yg tengah sakit tu. imagine jerlah, luka tu dalam pastu kat tengah-tengah antara dua jari.. kulit kat situ kan nipis. tanpa bius, diaorang korek utk cuci luka zikry. kalo ikutkan kena jahit, tapi pasal apa ntah diaorang gam luka tu (harap eiry dpt explain). kalo kita yg tua ni pun sakit..ni kan budak umur 5 thn. lagi la tak tahan.. kuar jer dari unit tu, muka zikry mmg pucat, kakak aku ckp. kesian dia.. orang lain yg ada kat situ, pun kesian tgk zikry.

zikry tu mmg la lasak.. dia tahan sakit sebab dia bleh lagi senyum bila dipujuk. walaupun lepas tu, dia demam panas tapi dia masih lagi lincah, bawak basikal tak pegang stereng (isy, isy, isy) dan paling kelakar bleh lagi mengusik mama dia. e-key, angah doakan e-key cepat sembuh. walaupun tangan dia akan jadi lain sikit sebab memang dah abih dah celahan jari tu.. aku betul2 harap tangan dia tak der tinggalkan effect yg besar.

Posted by ena at Sunday, July 18, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com