Wednesday, June 30, 2004

ragut

ragut

skang ni kecoh pasal kes ragut. sakit ati, geram.. kalo dulu kes ragut tak la seteruk skang nih. ingt ka bila dah heboh kat tv, peragut ni takut-takut la sket tapi.. lain lak jadinya. dah tu makin lama, makin advance si peragut sbb dulu kalo ragut, setakat ragut jerlah tapi skang ni siap ada pisau, parang dan paling brutal sekali - kapak! melampaui batasan sungguh peragut nih! Alhamdulilah, selama aku idup ni tak pernah lagi la kena ragut dan aku berharap aku tak kena ragut sampai bila-bila pun.

masa aku pergi kl baru-baru ni, family dan mertua aku selalu berpesan kat aku jaga diri baik-baik, kunci bilik tu betul-betul, jangan jalan sorang-sorang dan nasihat paling baik - jangan bawa beg! aku memang tak bawa beg. biarlah jeans aku nampak pelik terbonjol-bonjol dengan purse dan enpon. kawan aku gelak jer.. ko nih takut sangat katanya.. memang la aku takut. kang tak pasal-pasal masuk ari ni dlm sejarah aku kena ragut kat kl. mati kutu aku nanti. kalo aku selamat, alhamdulilah kalo aku mati katak kat jalan tu.. cemana? siapa nak kenalpasti mayat aku? isy.. tatut.. tatut... dulu org mati kat jalan sbb accident, skang org mati kat jalan sebab kena ragut.

masa aku lepak kat rumah cousin aku, cousin aku ada cerita pasal neighbour dia kena ragut. kesian.. bukan makcik tu tak ambil langkah berjaga-jaga. beg tangan tu digalas di bahu kiri, kira bukan betul-betul tepi jalanla.. kalo ikutkan ni langkah pencegahan dr polis. tapi.. punyalah jahat si peragut tu.. boleh tak dia gi naik kat bahu jalan tu, tempat pejalan kaki lepas tu diragutnya beg makcik tu. tersengap makcik tu sekejap. siapa sangka? cousin aku tu pun kena jugak. 2 kali. paling teruk sampai kena jahit kat kepala. nasib baik tak teruk. cuma luka sikit. ada gak terdengar pendapat, jgn lawan bila kena ragut. tapi benda ni happened sekelip mata.. kekadang automatik jer kita berlawan ngan peragut. macam ada kes student pompuan tu belasah peragut. nasib baik tetiba dia jadi bionic woman. tapi bagi aku la, kalo tetiba jadi macam ni, mangsa ke org keliling tu ke.. kalau nak bantu, please make sure u r not alone. jangan belasah sorang-sorang. takut jadi perkara tak diingini. think before act!

aku rasa makin tak aman jer skang ni. jangan terkejut la kalo dlm tahun-tahun akan datang kita jadi macam America. bawa pistol bila kuar rumah atas sebab nak protect diri sendiri

takziah kepada keluarga mangsa peragut. semoga kalian tabah menghadapi dugaan
Posted by ena at Wednesday, June 30, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com