Wednesday, November 09, 2005

Masa Raya

Mcm tahun2 yang lalu, kami masih lagi kelam-kabut utk solat raya. entah kat mana sleknya. kami mmg bangun awal dan tak tidor dah lepas Subuh tapi still lagi lewat & kalut. syani hantar aku ke rumah mak. tahun ni, Alhamdulilah mak tak demam dan abah lak em.. masih lagi kena kerja tapi yg beshnya dia gi lepas sesi salam-salam nanti. dah lama aku tak 'beraya' ngan mak dan abah. 2 tahun lalu, abah kena kerja, mak demam dan masing2 lak ada jer hal. tak leh nak get together. masa tu mmg rasa tak besh.

Selepas solat hari raya, eiry n family pun dtg rumah mak. semua pakat berkumpul dan sesi 'beraya' pun bermula. sehari sebelum raya, aku mmg rasa sebak dah. aku rasa mcm mesti syahdu kan, bila salam ngan mak dan abah nanti. aku siap dah meleleh air mata walaupun aku baru imagine. tapi bila dah berada dlm situasi tu, tanpa aku duga dan tak percaya mak mengalirkan air mata. aku tak tau apa perasaan mak masa tu. dalam hati aku sendiri pun sebak sbb entahlah sama ada lepas ni aku bleh cium lagi tangan mak. tapi aku still control. eiry pun meleleh gak, karang kalo aku nangis sama.. dah tak ceria la suasana. aku kena cool.

zikry masa memula dtg, dia agak moody. mungkin tak cukup tidor tapi bila dah tunjuk kamera. apa lagi model tu mulalah nak beraksi. dari nangis2 terus tersengih-sengih. razif lak, sejak kecik sampai la dah besar pjg nih plak sibuk gi beraya. aku ckp la, dulu masa kecik bleh la org bagi doit raya.. ni tua2 takkan nak pi kutip lagi kot? razif gelak. dia ckp dia pun tak mo. malu. tapi cit! balik jer ke rumah, setelah dikira-kira mau nak dekat RM200 gak dia dpt. dia pun tergezut, makin tua makin byk la plak doit dia dpt. aku dah dpt bygkan, mesti tak lama lagi ni dia nak tukar enpon lagi. amik yg lebih canggih. sama la hobi dia ngan mohsin yg pantang ada enpon canggih kat tv. diaorg amatlah teruja bila sembang pasal enpon. bebudak zmn skang..

sepanjang hari raya pertama, bleh la dikatakan aku byk berulang-alik. kejap2 kat rumah mak, kejap kat rumah mama. nasib baik la dok satu taman. raya mmg meriah. cuma tahun ni, aku tak leh nak gi KK walaupun mama ada mengajak. aku tak larat lagipun keadaan aku sendiri bak org kedah kata 'laehh'.

Raya Kedua & Ketiga

hehehehehe aku ngan syani tak senonoh. kami terlajak tidor selepas Subuh. sedar2 dah kul 10 pagi. em.. tak jadilah aku nak prepare mee. dah la satu apa pun dok kat pasar lagi. dalam kul 10 lebih tu, kawan syani dtg beraya. kak mirhana dtg dengan hubby dan baby girl dia. sempat gak la diaorg berkongsi pengalaman dengan kami. seronok dengar citer diaorg.

petang lak, kawan2 syani dari sekolah rendah plak datang. riuh-rendah rumah. mmg meriah! rasa terkilan pun ada gak sebab jamu diaorg kuih jer. tapi aku percaya, makanan tu jatuh no. 2 yg penting dpt jumpa kengkawan lama. mcm2 citer kuar, dari citer zmn sekolah hinggalah gossip artis. panas panas panas.. Selain dari diaorg, ada gak kengkawan aku dan kengkawan syani lagi yg datang beraya. tak mcm tahun sudah, semua dtg masa raya kedua. raya kali ni, dari first day sampai la hari raya ketiga ada tetamu yg dtg berkunjung. tak keterlaluan rasanya kalo aku kata even skang pun, masih ada mood raya. seronok!
Posted by ena at Wednesday, November 09, 2005
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com