Sunday, November 20, 2005

citer kawan aku - Along
Nurin Khairieena Eiman - ep. 1

ni sebenarnya pengalaman kawan aku yg baru jer bersalin. aku nak tulis, time aku blom sampai lagi. apa-apapun kita layan dulu citer dia ni, k?

20 Ogos 2005
Ish...seronoknya nak balik kg. Izam, laki aku ada race kat Kamunting, Taiping, tu sebab aku amik kesempatan ikut dia balik kg sekali. Bukan apa takut lepas ni tak leh balik kg dah, maklum la skang ni aku dah 7 1/2 bulan dah. Time ni org tua2 kata kena jaga betui sbb bila2 masa ja baby buleh keluaq. Tp semangat nak balik kg lagi kuat so aku pun kuatkan jugak badan ni. Masa kat kg lagi kaki aku dah bengkak giler...

22 Ogos 2005
Esoknya pi monthly check up kat HUKM tu. time tu pun doktor dah kata BP aku naik sikit, kena jaga2 nih. aku senyum ja. dia pun tegur gak kaki aku yang bengkak ni, dia kata tak sepatutnya bengkak lagi. Biasanya bengkak kaki dah dekat2 9 bulan baru jadi. So aku dpt mc ari tu, mmg setiap kali check up dpt mc. kedudukan baby pun ok.

23 Ogos 2005
Bangun pagi tak larat sgt...dgn kepala pening, tekak loya. rasa loya ni dah dekat 2 minggu dah...takkan loya kot dah hujung2 nak bersalin nih. so aku tak keja la ari ni...rehat ja kat umah.

24 Ogos 2005
Tak buleh jadi...bangun pagi ni pun sama ja...so aku pi klinik kesihatan yang dekat ngan umah aku ni. Izam dah pi keja dah. so aku drive sendiri la. kat sana doktor check BP mmg dah tinggi sesangat...190/170...terus dia kata nak antaq aku masuk wad. gabra gak aku...aku kata tak yah la masuk wad, bg mc aku rehat jelah kat umah. Tak buleh gak...dah tahap bahaya dah...buleh sebabkan sawan nanti, effect baby lak. so tak dak pilihan, merasa gak la naik ambulan siap pasang siren lagik! Sampai spital kat emergency tu, doktor terus masukkan ubat sawan...panas giler...aku cabut terus tudung...mmg panas badan sesangat. lantaklah hangpa nak buat apa pun...aku rasa cam tak bermaya sgt dah. terus masuk icu. pastu depa bagi ubat matangkan paru-paru baby...sbb doktor kata tak leh tunggu dah, nak kena bersalin gak secara ceaser. doktor kata kalu tidak risiko lagi tinggi....50-50...kalu smp tahap tu diorang hanya akan selamatkan ibu saja....nak meraung aku waktu tu, aku kata walau apa pun yg jadi, selamatkan anak aku dulu, diri aku ni fikir kemudian la...doktor tu marah gak, dia kata mana buleh, mmg prosedur kalu terjadi situasi camtu doktor diarahkan utk menyelamatkan ibu dahulu, ish...kenapa la depa buat peraturan mcm tu, dlm hati ni tak berenti2 berdoa mintakla semua selamat. ini anak aku yg pertama, kalau buleh biarla aku dpt tgk dia walaupun sekejap. tah camana mai doktor bertugas kat icu tu kata aku kena start posa mlm ni sbb maybe esok aku kena operate dah. Dah la dari pagi tadi tak makan apa...kena posa lak...adui perut aku dah buat lagu macam2 dah.



Posted by ena at Sunday, November 20, 2005
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com