Monday, October 17, 2005

syani lak demam

awal2 pagi tadi, syani dah bertolak ke AS utk amik exam PTK. aku lak kat rumah sorang2 sebab syani amik keta. sambil2 tu aku kemas rumah, basuh baju etc. penat la jugak sebab dah lama aku tak buat. bila syani balik jer dari AS, terus dia baring atas katil. dia cakap dia demam. aku gelak jerlah. aku ingat dia main-main sebab suhu badan dia mcm biasa ja. lagipun tiba-tiba jer dia kata demam.

tapi dlm kul 5 lebih, masa tidor tu aku mula dengar syani mcm meracau. aku terbangun dan terus periksa dahi dia. panas. dah tu, dia mula picit-picit pinggang dia. lenguh katanya. first thing yg aku mula pikir.. entah2 denggi tak.. bukan apa sebab kat opis aku baru jer sorang tu masuk wad sebab denggi. walau cemanapun biarlah syani demam biasa ja. nasib baik kat rumah ada lagi kool fever. terus aku lekat kat dahi dia. tak lama lepas tu, turun la sikit suhu badan dia. dah boleh bangun dan bersiap untuk berbuka kat rumah mama.

lepas berbuka, mmg suhu badan dia mcm biasa balik. syani pun mulalah malas nak gi klinik. tapi bila dah masuk rumah, mula la lembik balik. tupun jenuh dia tak mo gi klinik sbb nak amik mc esok. dlm pukul 9 lebih, tak tahan agaknya dia ajak gi klinik. tapi tutup la plak dah klinik tu. terus dia nak balik. aku ikut ja permintaan dia. walaupun dlm ati aku rasa mcm nak ajer bawak dia gi klinik lain. tapi karang, dia tak mo turun.. buat penat aku jer. susah sikit org lelaki ni bila demam. mungkin sbb tu pompuan yg dpt peluang peknen sbb org lelaki for sure tak tahan punya.

esok aku tak tau lagi nak amik EL atau tak. tengok keadaan syani, kalo masih lagi mcm hari ni aku akan amik cuti. kalo setakat demam selesema, aku tak kisah sangat tapi kalo demam panas ni.. susah. bahaya. lebih2 lagi dengan isu denggi skang ni. semoga syani sempat sembuh.
Posted by ena at Monday, October 17, 2005
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com