Sunday, October 23, 2005

aku plak yang demam

khamis lepas, aku dpt mc. sebabnya aku selesema. memula aku ingat biasa jer jadik bila doktor nak cucuk aku, aku tak mo. aku ckp tak per aku makan ubat. tapi bila balik tu, makin lama selesema aku makin teruk. malam lak, badan aku mula panas. selesema + demam panas + sakit kepala : paham jerlah.. rasa teruk sangat! menyesal tak bagi dr tu cucuk aku.

pagi jumaat, syani bawak aku gi klinik. nasib baik org tak ramai. bila doktor check jer aku, terus dia kata.."panas. macam baru lepas kena tumbuk" aku tak sempat nak tgk suhu bdn aku. masa tu aku dah mcm tak tentu arah. keluar jer dari bilik doktor, aku rasa mcm nak pitam. aku tau tanda mcm tu maksudnya aku nak muntah. cepat2 aku keluar dr klinik dan... uwekkk!! kat tepi longkang. siap terduduk lagi. time tu mmg aku tak pikir apa dah. lantak la kalo org tgk sekalipun. dah puas muntah, aku masuk balik dan terus ke toilet. cuci tangan etc. balik rumah terus aku tidor. aku kena cepat sembuh sebab aku dah janji ngan family syani nak berbuka di Prai. sambil tu nak shopping brg baby. walaupun aku tak 100% okey, ptg tu aku gagahi jugak gi sana. nasib baik masa tu panas pun dah kurang.

hari sabtu, aku merehatkan diri kat rumah. demam panas pun dah tak der cuma badan aku letih sangat. aku bersyukur sangat sebab syani jadi nurse sepanjang tempoh aku sakit. dia la tolong buatkan air bali, suapkan ubat batuk, amik air suam, picit2 badan aku. lega.

hari ahad, mak ajak aku teman gi shopping. kalo ikutkan aku mmg tak sihat lagi. masih lagi batuk-batuk dan sakit dada. tapi kalo aku tak kuar ari nih, bila lagi? abah lak jealous kalo mak kuar ngan kami. hehehhe.. eiry tak leh nak ikut sbb ekey semput. jadik, cuma kami bertiga aku, mak ngan si razif. isk.. razif ni kata jer dah 15 thn, tapi bab2 baju dia still lagi nak kami teman. punya la lama pilih baju.. aku rasa baju dia dua pasang tu mau nak dekat sejam lebih. lengoh kaki aku, jalan pun dah melelong. tu pun seluar jeans ngan kasut tak beli lagi. kami suruh dia gi ngan kawan. kalo tak mau dak sampai petang, tak settle lagi barang dia. sepanjang masa tu, mmg aku rasa penat sgt mungkin sebab aku semput, sesak nafas dengan idung tersumbat, batuk2 mmg kena bernafas ikut mulut. bila aku pikir balik mungkin gak pembawa budak. yerlah minggu depan, aku dah 8 bln peknen so mungkin la berat badan sama kot. dr. pun cakap baby aku besar. entahlah.. aku doakan baby aku selamat. kesian gak kat dia, sejak aku sakit ni ntah berapa byk ubat terpaksa aku telan. syani pun risau gak sbb sejak kebelakangan ni, apa jer aku makan mesti aku muntah balik. cemana baby nak dpt zat tu semua? biarlah aku cepat sembuh.
Posted by ena at Sunday, October 23, 2005
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com