Sunday, September 11, 2005

syaniku sudah balik

syani balik hari jumaat lepas. sampai pb kul 1 pagi. sempat la tidor seround kat umah mak sementara tunggu panggilan syani. dah ler aku demam selesema masa tuh. memula ingat nak ajak mohsin teman, yerlah kul 1 pagi nak drive sorang-sorang. gerun gak tuh! tapi mohsin lak kuar. terpaksalah aku memberanikan diri, bukak lampu luar dan sumbat barang2 aku. nasib baik tengah menyumbat tu, mohsin balik. bagus adik aku nih. walau cemana sekalipun, mohsin ni jenis sebelum kul 1, dia mesti balik. Alhamdulilah dia bukan jenis balik waktu subuh. tapi kendian bila pikir balik, jadik satu hal lak nak antar dia balik. so, aku pun bawak keta sorang2. masa tu mmg aku pecut giler, tak tgk kiri kanan.. takut sebab pernah gak dengar2 kawasan yg aku lalu tu agak keras. tatut!! dahla keadaan aku pun tak berapa okey, mcm2 bleh jadik.

Alhamdulilah bila sampai jalan besar, keta masih byk. idak ler takut lagi. syani pun dah ada. sepanjang perjalanan aku bawak keta laju, biar cepat sampai. tak tahan dengan ngantuknya, idung melelehnya.. pikir nak tiktok. syani lak siap berjaga sampai kul 4 pagi bukak internet. mesti dia windu giler ngan komputer nih. paham jerlah 5 hari tak jumpa.

esoknya hari sabtu, syani bangun awal. aku lak biasalah tidor dgn nyenyaknya. kendian syani ajak aku gi prai. aku on ja. heheheh.. lagipun dah lama tak gi. kat carrefour, syani belikan aku enpon baru. *sayang dia!* enpon aku yg ada skang ni mmg kekadang buat hal. kekadang x dpt coverage, kekadang terputus, kekadang tu tak dengar bunyik.. enpon baru ni, mmg la canggih. sampai aku sendiri pun ternganga-nganga. nampak sangat aku dah tua. tak dpt nak ligan ngan teknologi skang nih. bluetooth la, infrared la, video clip la, gprs la.. isk! pening aku. apokobondonya tuh? si razif la jenuh berbuih2 explain kat aku suruh buat itu, ini. wan lak siap bagitau cara nak cuci gambar guna bluetooth kat mesin kodak. fenin! trend bebudak skang....time aku dulu mana la ada benda nih. enpon dulu pun, kecik sikit dari batu bata ja. ikutkan aku nak tukar enpon ngan syani. rasa dia lebih layak. tapi syani ckp ni hadiah dari dia sempena anniversary kami. dia tanya aku tak nak terima ka pemberian dia? loh.. cian dia pikir camtu lak. dear, kita terima la apa saja dia nak bagi..

okeylah syani nak guna komputer lagi nih. dia tak abih lagi mencurah perasaan rindu dendam dia kat internet. so, aku beri laluan dulu yek!
Posted by ena at Sunday, September 11, 2005
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com