Monday, August 08, 2005

satu malam, hari sabtu

sabtu lepas aku gi nengok konsert af final kat rumah mak. persembahan bebudak af tu kira okeylah. cuma entah lagu-lagu yg diaorg nyanyi tu aku tak berapa berkenan kecuali lagu seroja tuh. lagu tu ada kenangan antara kami adek badek dengan mak. ingat lagi aku dulu, mak pernah siap nyanyi lagu tu dan kami (aku n eiry) rekod suara mak. terasa sayang sebab tak simpan kaset tuh.

mak, eiry ngan razif mmg nak sgt mawi menang. bila mawi nyanyi lagu seroja, mak senyum panjang. lagu favourite mak. eiry lak tak abih2 memuji. "naik cering bulu roma," bagitau eiry. abah lak sokong amylea. isk.. mcm tak caya jer abah bleh pi afundi budak langkawi tuh. mak, eiry ngan razif lak tak berani nak afundi mawi depan abah. kes lain parti la nih. hehehehe.. sms malam tu mmg lebat giler.. susah nak dapat line maxis. ni mesti gara2 af la nih.

masa aznil umum vokal ngan persembahan terbaik dpt kat mawi.. eiry, mak ngan razif mula tak dok diam. diaorg nak mawi menang. bila aznil ckp plak, dengan dua kategori ni, undi bleh pecah.. lagilah si eiry tu menjerit2 kata astro mmg tak nak kasi mawi menang. aduss! kakakku sudah jadik fanatik mawi. mak tak cakap apa. cuma mengiyakan. razif lak sejuk kaki tangan menantikan pengumuman pemenang. abah lak? lepas amylea diumumkan pemenang tempat ketiga, terus amik suratkhabar baca. tak tgk dah af. hehehhe.. dasat sungguh penangan af. bila mawi dah jadik johan, apa lagi riuh-rendah la kejap rumah aku. semua puas ati. ei.. aku tak dpt bygkan kalo mawi kalah, mesti astro kena bambu cukup2. semua sebab fanatik mawi. sedangkan mawi tak tau apa2 pun.

balik ke rumah mertua, aku diberitahu mak mertua aku siap afundi mawi sampai 3 kali. tak pernah2 la dia ngundi, akhirnya mak mertuaku tewas jua. kayo betul astro sabtu tuh.. yg boroinya tuan punya astro tu jugak. yg ngabih kredit, org2 kita. tak paham betul aku sampai ada yg ngabihkan prepaid rm40 utk afundi. isk.. semua kerana aura mawi world. pertama kali dlm sejarah.

* malam tu jugak, sepasang suami isteri tak bleh bersms. si suami tgk bola kat stadium, si isteri lak tgk af kat rumah. bila nak sms, heavy traffic. tension si suami-isteri.
Posted by ena at Monday, August 08, 2005
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com