Sunday, July 03, 2005

welcome!

pada hari sabtu, 2 julai 2005 8:11 malam.. Alhamdulilah my sis, eiry telah selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.7 something di hospital seberang prai, penang.

lama jugaklah eiry masuk dewan bersalin.. dari pukul 4 ptg. dalam 4 jam lebih gak la, kena bersabar. aku sampai spital bersama mak ngan syani. sampai jer, rasa kesian sgt tengok zikry ngan abang nazil. zikry tu demam, sbb lama sangat nak tunggu mama dia tambah pulak dengan demam, tertidur dia atas pangkuan abang nazil. kalo ikut aku, nak jer aku suruh diaorg balik sbb kesian la tengok anak beranak macam ni. tapi tulah.. nanti eiry dah abih bersalin, tak der plak hubby dia. lagi kesian. aku pun tunggu la kat luar dewan bersalin, zikry tidur plak atas pangkuan aku. cian betul dengan badan dia yang panas. tapi dia tak merungut langsung. dia ttp tersenyum menantikan baby dan mamanya.

sbb aku dah lapar, aku ajak syani makan kat carrefour dan kitaorg nak terus balik. mak pulak menunggu eiry dengan abah, zikry dan abang nazil. mak tak sampai hati tinggal diaorg anak beranak. sapa tengok pun rasa kesian. Alhamdulilah akhirnya bersalin gak eiry. kalo ikutkan ada lagi yg lagi jenuh menunggu. ada yg masuk pukul 8 pagi, tapi pukul 4 ptg tak kuar2 lagi.. ada plak yg dah sakit 4 hari, tapi tak jugak bersalin-salin.

tadi, eiry pun dah balik umah. eiry mmg kuat, tabah. bila tengok dia layan baby Nur Arianna Nazwa, nampak cekap sangat. walaupun dah 5 thn jarak zikry dan baby.

to baby wawa, welcome to our family. we are so proud to have u with us!

Posted by ena at Sunday, July 03, 2005
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com