Thursday, June 16, 2005

proton savvy (some even say sawi)

minggu lepas, Proton dah kuarkan model diaorg terbaru - Proton Savvy. sebelum savvy kuar, ada ura2 kata namanya sassy donno la betui ka dak. mula2 sekali aku tengok masa ntv7 buat live myevent hari sabtu lepas. ada la diaorg buat promo pasal savvy ni. di samping tu jugak, ada gak diaorg terima panggilan yg memuji savvy dan tak kurang jugerk ada yg bagi kritikan.

entahlah kenapa, aku rasa macam fenin tgk savvy ni. sakit kepala. adakah aku alah dengan savvy atau rekabentuk dia buat aku rasa mengong? ada sesuatu pasal design savvy ni yg buat aku rasa mcm iskk.. tatau la nak cakap. nak kata ghuper dpn mcm waja ke, gen2 ke tak tau la. tapi biasalah proton design semua lebih kurang jer. mula dengan saga, kendian touch up sikit jadi iswara.. pastu wira, mekap sket jadik satria tak pun putra. cuma bagi aku yg nampak lain pun kat tiara, juara (wujud lagi ke?) ngan gen2 kot. ni pendapat aku la kan.. utk savvy ni, point utama yg ditekankan dlm promosi proton ialah bodynyer yg mantap. kalo terlanggar benda apa2 pun, mesti tak jadik apa2 kat keta tuh. benda ni la yg pengacara ntv7 dok ulang. bila ada org pertikai sbb tak der abs, pengacara tu pun repeat pasal keteguhan savvy sehinggalah ada satu caller tu cakap, "mungkin la body savvy ni kuat, tapi based dari pengalaman saya, kalo accident.. org yg bawak tu pun mesti la cedera gak sebab hentakan dari accident tu." tersengap pengacara. aku rasa kalo proton tak tekankan sangat pasal kelajuan savvy yg 170km/hour, mungkin la issue abs tak timbul. (savvy tak der abs) mungkin kat sini yg proton ada sikit slek. cara diaorg market keta nih.

walau cemanapun, setakat ni aku nak ucap tahniah kat proton sbb berjaya menghasilkan proton saga ngan waja. proton saga bagi aku, mmg bagus sebab body dia mmg tahan lasak. abah aku dulu pakai proton saga. keta tu pun dah brp puluh thn ntah, pernah la sekali aku masa tu bawak satria terlanggar saga abah aku. tapi yg kemek teruknya satria, saga lak mcm tak der mende.. calar pun tak nampak sangat. malah sekarang ni walaupun dah brp puluh thn, kita boleh lagi tgk saga kat jalan raya. ini baru dikatakan keta lasak. yg waja lak.. em.. bg aku, tak dpt menandingi saga. tapi dari segi puas ati tu, better la dari keta2 proton yg lain cuma selalu problem sket kat keta waja ni, dia punya tingkap. tu jer.

kepada yg pemandu/peminat proton, aku mintak ampun kalo entry kali ni buat korang terasa tapi ni semua pendapat peribadi aku. tak dinafikan keta lain pun ada 'slek'nya tersendiri. cuma aku harapkan proton dpt melangkah maju dan mengambil kira pandangan org lain. ni semua utk kebaikan proton sendiri. kalo semua memuji, tak der yg bagi kritikan, cemana proton nak maju yer dak?
Posted by ena at Thursday, June 16, 2005
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com