Tuesday, May 03, 2005

penat tapi sheronok! - satu laporan di melaka

mmg syiok. macam2 kerenah si suami, si bapak budak, si budak dan dah tentulah si isteri ngan mak-mak budak. aku rasa salah satu sebab tekak aku kering, gelak banyak sangat kot? apa taknya masing-masing buat lawak, tak sempat aku nak minum air karang tersembur kuar. setakat ni, aku tgk antara kami berempat (ct, julia, aku dan kak linda), ct la yg masih maintain. yg lain tu, sorry to say.. terimalah hakikat :- kita dah tak macam dulu, huhuhuhu... julia masih mcm dulu, penuh dengan kelembutan. aku berani cakap la.. nanti anaknya diana (kakak) akan jadi lembut mcm dia gak. seronok tgk dia, kekadang aku cuba gak melembutkan diri tapi tak menjadik sbb bila aku lembut jer, syani marah aku. dia kata nampak aku cam mengada-ngada. so, aku pun kekal la mcm nih. kak linda lak, perangai dia mmg tak berubah. buat lawak no. 1. sampaikan kami semua termasuk la husband kitaorg gelak ngan gelagat dia. bila dia tak buat lawak, kami gelak gak sbb menengok anaknya ayiesh. tak reti dok diam, mesti nak jalan merata tempat kendian tak sampai 5 minit, kita bleh tgk aksi kak linda lak, ligan ayiesh. berkejaran la anak beranak nih. kesian, kak linda. penat dibuatnya.

masa gi kenduri yan, masing2 dah bleh bergaul rancak. maksud aku 'lucky2' kitaorg. 'lucky' ct ngan kak linda, ramah sangat. tu yg bleh riuh tuh. syani dan mat (hubby julia) lak byk gelak ngan senyum tgk telatah kitaorg. seronok tgk pengantin baru. terus-terang aku ckp, muka yan lain sangat. yan dah tak besor! dia nampak kurus, kulit dia cerah.. very cantiklah! seri pengantin. husband dia pun ensem. bagai pinang dibelah dua. padan mmg padan. tapi disebabkan yan terpaksa mengontrol dirinya, kami tak sempat nak sembang rancak. cuma dpt bergambar jer. tu pun kitaorg terpaksa thn dia kejap. takut dia tak nampak kitaorg sebab nak angkat muka pun dia tak berani. kalo ada anugerah pelakon terbaik, aku mmg undi dia. sbb thp lakonannya yg penuh kesopanan dan kesusilaan buat kitaorg tertanya2 betulkah ini yan besar? tapi bila tgk senyuman yan yg special tu, baru konpem mmg YAN Besar! opss dah tak besar dah. nak kena tanya la dia nanti, cemana dia bleh berubah..

abih jer makan dengan bersungguh-sungguh, kitaorg bertolak ke ayer keroh lak. cuma sempat rehat 2 jam jer sebab nak gi jenjalan lak nanti. bagi aku okeylah tempat tu. rm90 jer satu mlm, dah tu dpt 'hadiah' pree. spender kaler oren ngan stokin sepasang. adehh cemana la org tu tertinggai spender dia. siap jemur kat tingkap lak tuh! yg stokin tu orait la, sebab baru lagi. agak2 korang apa jadik ngan stokin tu? kekekkeke

ptg tu, kitaorg pun bersiap nak gi b'raya melaka. penat giloss dengan org yang melampau2 ramainya, tak der parking langsung. that's why la tak der gambar the famous a famosa kat fotopages aku. tak sempat nak amik gambar. abih2, terpaksalah kitaorg ke mahkota parade. makan!! lapar giler!!! masa makan tu, mmg la dengan mulut penuh mengunyah, bersembang lagi.. adeih.. tak senonoh betul. julia jugak yg ayu, dia suapkan diana. kendian tetiba diana, "huhuhuhu" loh makcik nih. dia lupa nak hembus bubur nasi. jenuh diana tahan. kendian dengarlah julia pujuk, "maafkan ibu, maafkan ibu". aku tgk julia kot2 la dia nak nangis, nasib baik la dia tak nangis. cuma muka bersalah jer. kitaorg bercdg nak makan kat umbai lak lepas tu. jenuh gak la kami mencari medan ikan bakar umbai. aku rasa mau dak 3 jam bawak keta. siap sekali tu kami tersilap jalan. kak linda belok ke kiri, aku belok ke kanan. nasib baik, la ada teknologi canggih. enpon. aku call kak linda bagitau kitaorg dah salah jalan. yg paling syiok si ct, entah cemana makcik tu bleh drive sampai ke kubur. tengah2 malam lak tuh. menakutkan!!!

akhirnya dlm kul 10:30 pm, kami sampai juga medan ikan bakar umbai. lega! masa ni aku mmg letih, penat gila. tak tau la nak kata cemana letihnya aku. sempat la aku tertidor beberapa minit kat meja makan. makanan lak sampai punyalah lewat! nasib baik kami tak blah waktu tuh. aku lak tak leh nak makan sbb dah lambat sangat time tuh dgn sakit tekak sekali. aku hanya mampu melihat diaorg makan dengan rakusnya. huhuhuhu.. kami balik ke resort kul 1 lebih. nampak sgt tadi kitaorg salah jalan.

keesokan harinya, aku ngan syani kena bertolak awal. perjalanan kami masih jauh. lagipun syani tak leh apply cuti. aku lak menidorkan diri. letih. tak tahan. seronok mmg seronok cuma terlalu singkat. masa pun byk terbuang kat jalan jer. lain kali kena amik cuti panjang sket, baru puas! yg beshnya, bila berkumpul ramai2, masing2 dah tak kisah, anak kau ke aku ker.. semua sama. sampaikan diana ngan ayiesh tu pun, mau rapat ngan kitaorg. siap minta dukung lagi. hubby pun sama. siap bleh buat geng. bersembang mcm dah lama kenal. mmg besh ar... they can get along very well. lepas 2-3 kali berjumpa, mesti lagi riuh nanti!

*mei 1995 kita mula bertemu, mei 2005 kita kembali berkumpul.

Posted by ena at Tuesday, May 03, 2005
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com