Monday, February 28, 2005

kursus kat Bukit Merah 1

syiok jugerkk.. memula aku ingatkan jadual akan penuh ngan ceramah. huwarghhh!!! sempat la pikir 2-3 cara nak skip kelas kalo ada ceramah lagu tuh. tapi nasib baik tak der ceramah, kali ni kursus more to group work. masa first day tu, kitaorg ada sesi brainstorming. kitaorg kena bagitau apa perkara yg kitaorg tak suka ttg PP. masing2 diberi kad. memula blur gak, yerlah dok satu group ngan org2 besar, kang kalo aku kutuk lebey2 kang, aku sendirik yg kena. jadik, aku cuma tulis pasal ruang pej. yg sempit. jadik, tak derlah yg terasa. tapi bila faci. taip balik kat skrin, tu dia aihhh... masing2 dok kutuk boss kecik. tergezut aku! aku ckp la kat K.L, kesian boss kecik kena saja. pastu dia jawab, "apsal nak kesian lak? kita dok jaga hati org, org ada jaga hati kita?" aku tersengap. em.. mmg betul apa dia kata. tapi ntahlah.. aku ni jenis tak sampai hati nak buat lagu tu. last2 aku sendiri yg tensen..

keesokan harinya mmg beshhh... kami dibahagikan kepada 3 buah kumpulan. aku bernasib baik dpt satu group ngan pria2 terhebat. diaorg la yg banyak bertungkus lumus buat rakit, ikat buluh, letak pelampung tuh.. aku tak berani nak ikat buluh.. sebab biasalah, org suruh buat lain, kang aku buat lain.. lebey baik aku cuma jadi tukang bagi tali rapia. setelah semuanya sempurna, kami pun berentap di tengah tasik. jauh gak oii.. nak kena mendayung. sampai ke tengah tasik bukit merah. sebelum tu, ada instructor ngajar cara-cara yg betul untuk turun dlm tasik dan dia suruh semua terapung guna jaket tu supaya tak der yg panic.

memandangkan cuma ada 3 pompuan dan aku lak org last yang naik.. aku ditempatkan di tempat paling besh. dok depan sekali dengan 2 pendayung utama. bila wisel dibunyikan, masing2 dayung. aku lak jadik tukang jerit "1, 2, 3" berulang2 sampai ke tengah tasik tuh. terer tul.. pria2 terhebat tuh.. kami berjaya memintas group no. 2. group dr. A. hehhehehe.. tetiba bot lalu, wa.. beralun. kendian sambung balik dayung.. bila diaorg dah sengap, letih, aku appointed myself jadik radio buruk kejap. nyanyi sorang2 kat tengah tasik. kena la bagi ceria sket, kalo tak masing2 tak bermaya. dari lagu rasa sayang, itik gembo2, ikan di laut, ntah apa lagi ntah lagu ntah aku bantai nyanyi. betui ka tak, blkg kira. aku gak la dok bagi semangat kat diaorg, "sikit lagi," "kuat, dayung laju2 lagi.. cepat. kump. 2 dah dekat" "kita boleh!" over-acting tul! biasalah kan... aku..... terkekeh2 abg said ngan dr. syam gelakkan aku. depa cakap, "mana bunyik anak dara nih? ni bini org jer terjerit sorang2" hehheeh.. i guess sorang tu takut tenggelam, yg lagi sorang tuh.. just enjoy the pemandangan. akhirnya, setelah penat mendayung.. kami sampai jugak. we won!! aku pun mengibar2kan bendera kumpulan aku. bangganyer!!! setelah briefing dan semua dah sampai, aku ngan yang lelain bleh balik bilik. kami diberi masa yg agak lama utk rehat, jadik kami amik peluang ni utk terjun swimming pool. letak jer kasut yg basah kat bilik, kami semua berlari ke kolam. cam budak2. mandi sakan. syiok tgk diaorg swimming, besh tul. aku lak setakat cam berlakon berenang bleh la, tupun kaki kat lantai, tangan jer bergerak.. macamlah betui..hehehehe

Posted by ena at Monday, February 28, 2005
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com