Wednesday, February 02, 2005

golongan teristimewa

satu petang.. dalam bas tepeng...

"tengok budak-budak c*c*t tuh..hahhahaha"
"mana? o.. yang tu.. kelakarnya.. hahahhaha"
"tangan, muka tak reti duduk diam, bergerak jer.. hahahhahaha"

argh.. geramnya aku mendengar hilai tawa penumpang di belakang. dah ler perempuan, tak reti langsung nak jaga mulut. aku tau diaorang tengah gelakkan sekumpulan remaja cacat pendengaran + bisu. nak jer aku jerit "shut up!" kat diaorg, tegur sikap diaorg tuh.. tapi masa tu aku sorang jer sedangkan diaorg satu group besar. sabar jer, darah aku mmg dah mendidih. bila bas bergerak, baru la diaorg sengap.

sebenarnya aku seronok tgk remaja istimewa tu. tak kira bangsa dan agama, diaorg ramai2 boleh makan satu meja..'berbual' dengan ramah dan paling penting mereka amat menghormati antara satu sama lain. bandingkan pulak dengan kita. secara jujur, aku bleh katakan kita masih lagi berpuak-puak. engkau-engkau, aku-aku.

senin lepas lak, aku gi bayar bil kat telekom. pakcik yg bertugas di kaunter tu, lumpuh tangannya. tapi dia masih lagi boleh bagi perkhidmatan terbaik. ucapkan salam, buat kerja dengan cepat. walaupun sebelah tangannya lemah, tapi dia boleh lagi buat kerja dengan cekap. tengah hari tu pulak, aku gi makan kat bamboo inn. perkara yang sama. pekerja yang jaga kaunter tu pun istimewa orangnya. mcm terencat sikit tapi masih boleh bekerja. kekadang nampak jugak dia mcm tensen bila terlalu ramai pelanggan nak bayar kuih etc. dan pada masa ini, big boss dia datang membantu.

bagi aku golongan istimewa ni, tabah orangnya. diaorang mmg bleh buat kerja cuma perlu diberi peluang. sedih bila ada syarikat2 yg tak mahu hired diaorg disebabkan diaorg ni golongan istimewa. bagi aku, tu bukan penghalang. walaupun mereka ada kekurangan, kita kena ingat siapa kita nak judge diaorg? kita pun ada kekurangan kita sendiri. aku salute company yg hired golongan istimewa. semoga mereka terus diberikan peluang..
Posted by ena at Wednesday, February 02, 2005
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com