Tuesday, January 11, 2005

Yayasan Amal M’sia NS pelawa sukarelawan ke Acheh

Yayasan Amal Malaysia cawangan Negeri Sembilan sekarang ini sedang membuka pelawaan kepada semua muslimin dan muslimat yang berkelayakan untuk menyertai misi Kemanusian dan Pemulihan Mangsa Tsunami di Acheh Indonesia. Yayasan Amal adalah merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berdaftar dan telah menghantar dua misi setakat ini ke Acheh serta telah mendirikan sebuah Pusat Kesihatan di sana dengan kerjasama Muslim Aid International.

Kelayakan untuk sukarelawan untuk ketika ini ialah :
1. Muslimin atau muslimat
2. Dari kumpulan doktor perubatan, paramedik atau
pembantu perubatan atau mereka yang boleh membantu
kumpulan perubatan.
3. Sihat tubuh badan.
4. Mempunyai passport antarabangsa
5. Tempoh masa perkhidmatan 2-3 minggu
6. Wang perbelanjaan RM 500 untuk kegunaan sendiri

Mereka yang tidak memenuhi kriteria di atas masih boleh membantu pasukan sukarelawan ini dengan mencari mereka yang difikirkan layak untuk pergi serta
membantu untuk menyediakan wang perbelanjaan mereka.

Jadual penghantaran sukarelawan Yayasan Amal Malaysia ke Acheh untuk bulan Januari ialah pada 16, 19 dan 24 Januari 2005.

Dalam pada itu Yayasan Amal Malaysia N.Sembilan juga sedang mengumpulkan barang-barang keperluan untuk mangsa-mangsa Tsunami di Acheh yang akan dihantar melalui pelabuhan Klang, untuk para penyumbang sekitar N.Sembilan.

Barangan berikut telah dikenalpasti untuk memudahkan proses pengumpulan, pembungkusan , penghantaran serta pengagihan :
1. Beras dalam pek 10 kg.
2. Bungkusan mi segera.
3. Biskut dalam tin.
4. Tepung.
5. Sardin/Tuna dalam tin.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi :
Ketua Operasi Yayasan Amal M’sia NS , Sdr Sufian di 013-3589328

Sebarang surat menyurat bolehlah dialamatkan ke :
Sekretariat
Yayasan Amal Malaysia N.Sembilan
No 144, Jalan 6,
Taman Alamanda
70450 Senawang
N.Sembilan

e-mel : rozmal@yahoo.com

*dapat info ni dari melayucyber.. sesaper yg berminat sila hubungi penama di atas.
Posted by ena at Tuesday, January 11, 2005
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com