Monday, January 17, 2005

juara lagu ke-19

semalam dah selesai la udahhh juara lagu. pendapat peribadi aku, cam boringgggggg jer. sorry to say.. sarimah nampak cam over-acting dan kekadang mcm tak profesional pun ada jugak. rasanya kalo cheryl samad ngan najib pun dah memadai. aku tgk sarimah mcm dlm pressure pun ada gak. mungkin gak kot diaorg tak der idea nak cakap apa bila konsep jl thn ni pasal earth, fire, wind and sun.

lagu, byk yg tak aku tau kewujudannya. nampak sangat aku tak minat tgk muzik2 tiap2 petang. setakat yg aku minat pun cuma anuar zain, dayang nurfaizah (sesuai kalo diaorg ni jadik couple, kan? sweet sgt!), misha omar (syani cukup berkenan), ruffedge.. okey gak n spider yg ni mmg besh. lain tu, okeylah kot. persembahan noraniza tak la mcm dolu2 siap bawak api la, org asli mana ntah dia angkut kali ni byk bagi tekanan kat tarian jer. mmg layak la bagi aku dia menang kategori persembahan. misha omar, vocal dia mmg besh.. mencacak bulu roma dengar, lagu dia pun mmg best. ramai yg kata lagu ni akan menang tapi tulah pemilihan lagu bukan based on bunyik atau lirik. tapi kedua-duanya. secara keseluruhannya, lagu relaku pujuk lagi power. irama malaysia, kemantapan suara dayang nurfaezah tak leh dipertikai. aku suka suara dia. merdu.. dan kategori pop rock, Spider mengungguli JL tahun nih. aku tak sangka diaorg bleh menang tapi tu la org cakap rejeki. per2pun lagu dia mmg layak menang.

Posted by ena at Monday, January 17, 2005
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com