Sunday, December 19, 2004

ziarah Mak Yang

khamis lepas, aku melawat mak yang (sedare syani) kat kompleks tabung haji, penang. tak sangka kawasan kompleks tu di ceruk-ceruk kampung. papan tanda tak cukup lengkap. sebab masa kat roundabout, tak der langsung papan arah utk ke kompleks tabung haji. yg kami tau dekat ngan airport. bila lalu airport lak (di sebelah kiri), tak der papan pun kata situ ke kompleks. rupanya kena terus lagi dan lagi dan lagi.

sampai kompleks, ramainyerrrr orang... teringat aku mcm memula masuk ehtiem. macam tu la kot yg bleh aku gambarkan. yerlah dok asrama, jauh dari family. tetiba aku plak rasa nervous. tak tau la kenapa. bila nampak mak yang, aku rasa sayu sangat. nampak dia mcm risau. mmg la seronok tapi ntah.. mungkin dia rasa cam tak percayer jer. mcm dlm mimpi. tengah dok mengelamun, mama tarik tangan aku minta salam ngan mak yang. "tolong doa-doakan dia sama." mama cakap. aku sengih jer. aku tau apa maksud mama. rasa cam.. malunyer! korang pun mesti tau kan, amende yg mama harapkan. aku selamber jer cakap, "kembar". tiba-tiba pap! mama tampar bahu aku. terpinga-pinga aku kejap. salah ke kalo aku suka kembar? diaorg semua menjerit, ish.. jangan azni!!

masa tengah blur-blur tu, aku gi kat syani. tanya syani, salah ke apa aku cakap. syani pulak tak kisah. bagus la tu. iyerlah nak dapat sorang pun susah, kalo dapat sekali dua, kira bonus la kan? tapi tu la org ckp, belum ada baby, senang la ckp.. sekali ada sok nih.. mau dak tunggang-langgang. entahlah.. bagi aku tu semua rezeki dari Tuhan.

lama gak la kami kat sana. dalam kul 11 pm baru kami balik. tu pun setelah bagi begitu banyak hints kat mama. kalo esok hari cuti, tak per. cuma esoknyer aku ngan syani kena kerja. kesian syani, letih dia nanti.. masa bersalam ngan Mak Yang, aku rasa syahdu sangat. deep inside my heart, aku doakan agar dimudahkan urusannya kat sana. selamat pergi dan selamat kembali.

*Al-Fatihah untuk ayah J yang meninggal di Mekah. Semoga ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.

Posted by ena at Sunday, December 19, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com