Sunday, December 26, 2004

satu petang ahad

Alhamdulilah.. kawasan PB tak dak sapa yang tercedera. aku pun meneruskan perjalanan ke Manjung bersama-sama Syani, Mama ngan CG. Sitiawan, Manjung, Lumut dan Teluk Batik dah banyak berubah. lain sangat. dah jadik pekan besar! aku sempat amik beberapa keping gambar, nanti kalo aku free, aku akan masukkan dlm fotopages. kami tak derlah enjoy sakan, sebab dalam hati kami masih lagi teringat-ingat tentang peristiwa pagi tadi. apa yang dah berlaku? brp ramai nyawa terkorban? kami risau.

kami tak meronda lama sbb kami nak rush balik utk tengok berita. dalam perjalanan pulang, kat highway tepeng.. Ya Allah! tetiba hujan lebat sangat! dah tu aku boleh nampak dengan terang cahaya kilat/petir di sana-sini. dengan keadaan hujan yang 'menggila' sampaikan tak nampak jalan + waktu tu dah gelap.. aku cuma mampu berdoa semoga kami selamat pulang. aku tak berhenti-henti berzikir, rasa menyesal sebab mak pernah ajar aku doa kalau hujan lebat. tapi aku tak penah nak amik tau. aku tak nak berhenti walau sekali pun.. aku takut! Alhamdulilah.. akhirnya kami selamat sampai ke rumah. tepat pada masanya!

bila dengar berita, kami tersengap, terkejut dan tak tau nak kata apa. tsunami terbesar di dunia nih dlm masa 40 tahun. paling menyedihkan bila ramai yg terkorban di batu ferringhi dan kuala muda. sedih bila memikirkan sedang kanak-kanak kecil, mandi bersama saudara-mara tiba-tiba.. jika bukan kerana bermandi-manda, aku bayangkan pula.. anak-anak yang membantu ayah mereka di tengah lautan. menangkap ikan untuk santapan ataupun sumber rezeki sekeluarga.. tragedi ini tragedi terburuk di negara kita. takziah kepada keluarga mangsa.

Alhamdulilah sbb tak terlintas di fikiran kami untuk pergi ke batu ferringhi. tragedi malang ni akan sentiasa ada di ingatan aku. rasanya aku takkan turun ke pantai dalam satu tempoh yang lama.

* aku rasa kalo kezutan demi kezutan berlaku tetiap minggu, mau dak aku dpt heart attack tak pun darah tinggi. mula2 jerejak, ni tsunami..

FOR THE LATEST NEWS, PLEASE CLICK HERE
Posted by ena at Sunday, December 26, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com