Thursday, December 02, 2004

need help

dear all,

petang tadi, aku terima email dr sorang rakan. selama brp tahun kenal ngan dia, mmg tak pernah walau sekali pun bersua muka. tapi alhamdulilah.. kami still contact each other walaupun aku dan dia masing2 dah kawen. dari zaman bujang, gila-gila sampai la skang bakal jadik bapak budak. aku respek ngan dia sbb dia bukan spesis kalo kawen, terus lupa member. walaupun no more 'calling-calling' tapi the relationship tak putus mcm tu saja.

start dari zaman berchenta, nak tunang, kawen dan skang wife tengah pregnant.. ada jer benda yg kami kongsi bersama. cemana dia excited giler bila wife dia dpt tukar ke Semenanjung dan syiok double syiok bila dpt tau dia bakal jadi abah, dia citer kat aku. tapi email dia semalam.. simpati bila aku baca. wife dia skang dah sarat ngandung tapi sickness yg wife dia alami terukkkk sangat. sebabnya, wife dia mengidap penyakit thallasemia. tak cukup sel darah merah. kawan aku tu, minta aku cari maklumat pasal penyakit nih. dia risau dan aku tau dia mesti sedih tengok keadaan wife dia. frankly, bila aku search dan baca pasal penyakit ni.. agak menakutkan. tapi tak banyak benda yg diciterkan kat laman web.

jadi, kalo bleh.. sesaper yang ada apa saja info. pasal penyakit ni, harap dapat email/kongsi bersama. tak kisahlah apapun. tak semestinya info. dari sudut sains. kalo bleh, pengalaman atau cerita dari sesaper yg pernah mengidap penyakit ni ke.. anything apa saja pasal thallasemia, harap dapat berkongsi bersama.

kerjasama korang amatlah dihargai... thanks!
Posted by ena at Thursday, December 02, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com