Thursday, December 02, 2004

mcm tak caya jer..

macam tak caya jer aku citer pasal resepi kat blog.. bukan apa aku nih bukan la wanita melayu terakhir.. nak kata pktn wanita pun cam geli, geli, geli... meremang bulu roma! mmg la kalo org kenai aku, depa cakap aku nih penuh dengan ciri-ciri kelembutan (ahakss!!) tapi sebenarnya diaorg tak tau, aku ni ganaih orangnya.. there's an evil inside me!

masa aku kecik dulu sek. rendah, bebudak kenal aku sbg pengawas paling ganaih, paling garang nak mampus! sebabnya, pantang jer budak salah.. aku dah hangin satu badan, tak cukup ngan tu.. kalo budak tu lelaki.. aku siap main tendang-tendang lagi kaki budak tuh.. tupun kalo budak tu melampau sangat la. petang lak, mmg kawan ngan pompuan tapi bukan main masak-masak ataupun ronda. aku gi panjat pokok depan rumah dia. dengan skirt pendek, selamba ja aku 'rabat' pokok tuh.. dan pernah gak sekali aku tumbuk lengan kawan eiry (lelaki) sbb dia cakap nak kaco aku. (sapa sangka.. tup-tup, la nih dia jadi abg ipar aku.) bila masuk sek. men, aku dah kurang ciri-ciri tomboy tuh. cuma aku ni pantang cikgu marah aku, aku melawan balik. pernah la diminta kuar dengan cara 'terhormat' dari kelas sains. 3 hari aku ponteng gi makmal sains. aku ngan 2 budak lelaki lain. kitaorg sembunyik dlm kelas. ala.. cikgu tu jugak kata, kalo tak hafal jgn masuk kelas dia. aku sekadar mengikut perintah.

masuk ehtiem.. aku masih terbawa-bawa sikit perangai kasar tapi tak lama. sebab dlm dorm aku, ada lagik budak yg laser gilossss.. tak terlawan aku! aku setakat kasar jer tapi bila bercampur dgn mcm2 'perisa', jadik tersengap aku. dari saat tuh, aku mula jadik sopan. sikit demi sikit.. tapi hati aku masih lagi mcm eiii tak bestlah pompuan suka teriak, eiii apa la masak-masak, eiiii apa la mekap-mekap, eiii tanam bunga, apa nih jiwang2, budak kecik rimaslah... sorry! aku lebih suka gi hiking atau apa saja kerja selain dari buat kerja2 pompuan nih.

bila dah kawen, em.. aku masih lagi ganaih.. tapi dengan syani la.. aku suka bergusti ngan dia.. kekekekekek... ala mcm wwe.. kekadang kami buat aksi rikishi lagik.. kekekeke.. n slowly aku mula belajar pakai hi-heel, lipstick, eye shadow dan kini aku dah mula jadik pekebun tak bertauliah. aku suka tanam pokok (bercangkul), menjahit (sampai demam 2 hari) dan paling terbaru, aku mula masak. masak tu mungkin amik masa bertahun2 sbb masih lagi ada kemalasan. tapi pokok pangkalnya, aku kini seorang wanita.. aku dah berubah. cam tak caya jer..
Posted by ena at Thursday, December 02, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com