Monday, December 13, 2004

masuk opis

aku rasa liat sangat nak masuk opis. ikutkan hati nak jer amik cuti lagi tapi karang apa lak kata diaorang. silap2 diaorg meh ghumah, lagi la aku rimas. aku nak lupa apa yg jadik hari jumaat tuh. aku tak mo cakap pasal apa yang dah berlaku. cukup la.. aku malas dah nak bincang pasal nih.

opis cam biasa. diaorg nampak cam takut-takut nak tegur aku. mungkin diaorg ingat aku nak keriau lagi kot. tak perlah.. lagipun aku perlukan masa nak rilex kepala otak nih. lepas breakfast dah tu dlm sejam dua lepas tuh, second officer (Dr. K) panggil aku. memula pasal kerja kendian tanya apa sebenarnya yg berlaku. aku pun citer la dr mula sampai abih. dia ckp, jgn layan sangat dengan dr. A tu. dia mmg lagu tu, kalo org tak berpangkat dia mmg tak pandang, nak melayan pun jauh sekali... jenis kerek giler. Dr. K siap ngaku tak gemor ngan perangai dr. A. kendian dia cakap, dia tak puas hati dengan dr. A yang riuh kat semua org kata aku buat silap pasal driver. semua lecturer dia pi citer dan siap bagitau semua org kata dia nak buat surat rasmi nak kondem aku. melampaui batasan betul!! second officer suruh aku bersabar banyak2. lain kali jangan buat tindakan melulu.. susah nak cari kerja skang nih. aku pun ckp balik, yg buat aku terasa nak benti sgt bila boss kecik kata ramai lecturer tak puas ati ngan aku. aku rasa cam bodoh sangat.. kendian Dr. K tu ckp, hari jumaat lepas semua org dah pakat sound boss kecik. "depa pakat marah kat dia. kalau nak tegur sekalipun, siasat dulu. ni idak dengar sebelah pihak saja. selama saya kerja ngan azni, saya okey. tak dak masalah. kalau ada salahpun, saya tak salahkan azni." Dr. K bagitau kat aku. lega aku dengar tapi entahlah rasa kesian plak kat boss kecik. terima kasih, Dr. K! lega dengar Dr. K ckp camtu.

tak lama lepas aku kuar dari bilik Dr. K, boss kecik pulak panggey. aku masuk jerlah bilik dia. aku ingatkan dia nak mintak maaf tapi lain lak jadiknya. dia ckp dia cuma tegur, dia kater bukannyer tak nak 'beking' semua staff sokongan tapi bila dah org cakap mcm2, jadi dia kena la tegur staff tu. aku dah mula nak hangin balik.. nak jugak kata dia betui. geramnyer aku!! nasib baik aku dah leh kontrol kalo idak mau dak aku antor surat sekali lagi.. sabaq azni sabaq

dlm tengah hari tu, senior dlm opis tu ajak aku bersesi kaunseling lagi. dia cuma habaq, ni cuma dugaan kecik.. dia dulupun pernah hadapi benda nih. lagi teruk lagi ada la.. dia pun ckp satu opis sejak tragedi tu, boikot Dr. A. "sikit2 tulih surat, sikit2 tulih surat. ingat kita ni sapa??" kak y melepaskan geram yg terbuku sekian lama. dia ckp masa jumaat tuh, sapa pun tak layan Dr. A. semua bengkekkk giler. selama ni mmg depa pendam jer tapi bila dah jadi kat aku, semua pakat meletup. boss kecik pun sama. kalo kita salah sekali, sampai bertahun2 dia ingat dan dia dok ulang kata selalu buat salah. macam la dia perfect.. dan banyak lagi la yang kak y luahkan kat aku.

aku rasa kalo aku nak tukar jabatan pun, susah.. semua pakat tak bagi. diaorang cakap sabar dulu lepas ni, kalo tak tahan baru mintak tukar. aku risau dengar2 Dr. A akan jadi big boss tahun depan. dah la dia tak suka kat aku, mesti thn depan dia pekena aku cukup2.
Posted by ena at Monday, December 13, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com