Monday, December 06, 2004

Lucky razif

My youngest brother is so lucky to have us as sibling. just named it and suddenly poof! Ada depan mata. Kalo post aku yang lalu, aku citer pasal adanya astro sbb razif 'menyuarakannya'. Kami bagi dua pilihan sama ada playstation atau astro dan.. akhirnya kami subscribed to astro. Lepas tu, pasal enpon. Mak bought him a handphone (nokia biasa) sebab dia dok ulang cakap pasal enpon jer.. lagipun ntahlah sebab kawan semua ada, kesian lak kat dia. Dia sorang jer yg terkecuali. Pasal nak top-up, pandai2 dia la.. tupun nasib baik abangnya, Mohsin selalu sponsor kad prepaid (tupun slps 1-2 jam kena fire)

Baru-baru ni, Mohsin beli enpon baru. Dia beli nokia yg dpt dgr radio tu.. tak sampai sebulan lebih.. dia beli lagi satu. Dia cakap nak bagi kat razif sbb razif dok asyik berangan nak pakai enpon yg lawa/terkini/polifonik. Tapi yg tu razif tak berkenan la plak.. jadik dia jual balik enpon yg tu, amik enpon yg ada kamera dan enpon radio tu plak bagi kat razif. Bertuahnya razif! aku pun pakai monofonik jer.

Jumaat lepas lak, razif bagitau ada kawan dia nak jual PS1 + 70 cd games dengan harga RM150.00. murah! Bukan rosak pun cuma kawan dia nak beli yg terkini PS3. aku tak tau la nak kata apa. Tak bagi.. bukan senang nak cari PS semurah tu. Akhirnya kami adek-badek setuju lagi sekali nak share doit. Aku ada cakap kat Mohsin, jangan manjakan sangat razif tu. Tapi jawapan mohsin:-

"aku tak suka Razif lepak rumah kawan-kawan dia main game. Dulu masa kecik, kita semua nak mcm2 tapi mana mak nak cari doit, sebab tu mak tak boleh beli. Sekarang kita semua dah kerja, apa yg tak dpt dulu.. kita beli sekarang. Lagipun, bukan dia main sorang.. kita pun main gak."

Mmg betul cakap mohsin tu. Razif tu pun pandai amik hati kami semua. Kalo abang dia ada, tiap2 pagi dan petang.. dia akan siapkan milo utk abang dia. Kalo kakak2 dia pi rumah mak, dia siap bukakan pintu pagar utk kami. Kalo aku lenguh ke penat ke, dia siap picit2 lagi bahu. Dia mmg adik yg baik.. sebab tu la kami semua mcm tak kisah, ikut kehendak dia (walaupun tak semua).. cuma kami harapkan, pandai-pandailah dia jaga diri dia. Jangan take advantage dengan kepercayaan kami.

* my dear razif, ingat next year dah nak amik PMR. remember ur promise - No PS and No Internet during weekdays.

Posted by ena at Monday, December 06, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com