Friday, November 05, 2004

letih-sibuk-busy-tired



lenguh abih badan-badan aku nih.. lepas raya nak gi massage. kali ni betul-betulnyer nak gi massage. penat giler... bz teramat bz.. actually aku tengah replace akak sec. big boss yg tengah exam selama 3 minggu. dia amik pjj. jadik utk sementara waktu ni, aku la ganti dia. kena jaga 4 boss... mana la aku tak penat. kejap-kejap buat kerja kat tempat asal, kejap-kejap kena lari gi jaga tempat akak tu. big boss lak dok sakit dada, MC bukan main lama.. sekali masuk opis, tu dia aihhhh bertimbun-timbun kerja. tiap-tiap hari kalo dia ada, aku mesti balik lambat. selalunya aku balik dlm 5 minit jer lewat, tapi kalo dia ada mau dak balik lewat sejam. hari ni lak, dlm fikiran aku nak kuar tepat 12:15 utk rehat, lepak2 rumah mak tapi akhirnya aku kuar kul 1:30 sebab kena tunggu dia. tak jadik gi rumah mak..

opis akak tu pun dulu masa dia ada dah berserabut, bila aku masuk lagi berserabut sebab aku tak familiar sistem filing dia. jadik apa aku buat, bukak satu fail.. surat yg boss dah tgk, aku masukkan dlm fail tu. bertimbun jadiknya.. meja pun dah tak rupa cam meja. penuh ngan kertas yang bertimbun. mmg uduh betul la tempat akak tu. mau dak dia pengsan kalo tgk meja dia skang nih. frankly, aku tak tergezut kalo ada ular dlm bilik tu hehhehe sebab berserabut sangat kat lantai pun penuh ngan kertas2 dan fail2. barang kat tempat dia mmg dah byk, pastu campur lak fail2 aku sbb skang ni aku tengah bz control cuti staf. paham jerlah kalo raya, dah tu time kali ni betul2 sempoi nyer tarikh. kena la buat report kat boss-boss kecik. tak cukup ngan tu, ada mesyuarat Kelab utk sambutan hari raya dan tak lupa jugak hari warga staf. sekali lagi aku masuk upeh... kesian mamat yg kena heret aku tuh..

Terima Kasih kat kengkawan yg sudi hantar kad rayer kat aku. Insya-Allah aku balas cuma skang ni aku bz sangat sampai tak dan-dan nak pi pejabat pos kat bawah tu. sorry gak sebab setengah tu aku minta alamat sampai dua kali. tak sengaja kertas tu berkecamuk sebab terlampau byk kertas atas meja. apa-apapun aku betul2 hargai ingatan korang. :)
Posted by ena at Friday, November 05, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com