Wednesday, November 03, 2004

angpow

dah 20 hari kita berpuasa. rasa cam sekejap jer. pejam celik pejam celik dah nak dekat raya. tadi aku dah tukar doit raya singgit ngan lima inggit. nasib baik tak ramai orang. sempat la tukar tapi malangnya bank tu kedekut angpow. aku tukar doit dlm 900++ (termasuk doit opihmet) tapi angpow dia bagi dua jer. utk aku ngan kawan aku sorang. mana la cukup. jenuh mintak last2 dia bagi lagi satu. tak cukup sebab mak, mama ngan lain semua mengharapkan angpow bank. what to do, huh? di sini aku turunkan sikit idea..

1.   doit yg ditukar tu, gi bank lain.. ckp silap tukar doit, jadik nak tukar singgit2 ni ke lima inggit 20 keping : dpt satu paket sampul

2.   pergi bank lain, buat taktik yang sama : dah dua sampul dapat

3.   gi tukar kat kedai, amik duit lain yg buruk sikit

4.   pergi bank lain cakap nak tukar doit kepada singgit balik : dah tiga sampul dapat.

5.   abih2 pun korang amik jer sampul thn lepas, recycle balik. senang citer

* sila ulang langkah-langkah ini utk dpt lebih byk sampul

hehhehe ni idea aku jerlah. sesaper yg rajin monteng kerja ngan alasan gi bank, bleh la guna idea nih. utk bagi lebih umph.. korang buat2 la baik, tanya org opis atau boss2 kot2 ada yg nak tukar doit.. kalo kat pekan PB ni, mmg senang la nak gi bank coz kat kawasan umah mak aku jer, ada dua buah bank. tak jauh dr situ dlm 5 minit dr bank2 tu, ada lagi 3 buah bank jadik kalo aku dok ikut idea nih, aku bleh dpt lebih byk sampul raya. pada masa yang sama, aku bleh la monteng kerja utk jangka masa 1-2 jam. aku bukannya buat kerja tak beikkkkk... aku tukar sampul ni pun utk buh doit raya, tolong kengkawan. lagipun sok nih, boss aku meeting sampai petang jadik aku tak der kerja. oleh itu, kegiatan ini boleh la ditafsirkan sebagai aktiviti waktu lapang. dr chatting ngan sembang tak tentu pasal.. lebih baik aku gi tukar doit raya.. tul dak?


Posted by ena at Wednesday, November 03, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com