Monday, November 15, 2004

2 days before raya

13/11/2004 (Sabtu)

pagi ni aku agak kalut sebab esok dah nak raya. syani lak bleh bantai tengok kartun sampai kul 10 pagi. lepas jer abih kartun, aku gi kedai perabot dulu. baru nak tukar meja. dah setahun baru nak kalut! kesian kelisa, udah ler kecik.. aku masukkan pulak coffee table. nasib baik muat. dah dpt ganti meja, aku terus ke rumah mak. tolong mak basuh pinggan, kemas meja blablabla... razif lak muncung abih mulut dia sebab dia nak kek itam. org dah sibuk nak raya, dia dok pesan benda tu, benda nih. hangin la mak kejap. kuih lak mmg dah berlambak-lambak. sebenarnya dia nak lawan ngan member dia tuh. tgk rumah sapa paling besh. tau sangat aku peel budak-budak nih. dah lepas kemas rumah, aku pun cam rutin tahun-tahun sudah rincik daging utk buat rendang. rendang mak besh ooo... dah tu halus2 aku rincik daging tu, bertambah lagi la rasa daging. tu yg buat mahal. mak aku cakap aku pandai rincik daging sebab jari aku yang spesel ni. ibu jari aku mmg tak mcm org lain. aku ikut arwah tok wan. dulu kawan sek. panggil jari aku ni jari cekodok sebab bulat, gemuk dah tu kuku lak tak sampai suku. tak kisah la.. cekodok ka apa ka asalkan bleh guna. Alhamdulilah.. ibu jari ni jugaklah penyedap rasa rendang mak.

12/11/2004 (Jumaat)

argh!! malasnyer nak gi kerja.. kalo tak disebabkan aku ni dekat ngan opis, dah tentu awal2 lagi aku dah apply cuti. nasib kak nieza ada, blehla aku mengelat utk beberapa jam. hari ni dlm kul 9 lebih aku dah kuar opis. aku ngikut syani pi servis kelisa kat Prai. sajer gi jauh-jauh kalo aku buat kat sini, sejam lebih jer dah kena balik. aku bagi alasan keta aku masih dlm kategori servis percuma. oklah buat kat tmn inderawasih tu walaupun bilik menunggu tu buruk tapi the way diaorg servis keta mmg puas hati. cukup cermat! on the way balik tu, terima panggilan dari travel agency.. cis! nak dekat raya ni pun bleh bagi masalah. gerem aku!
Posted by ena at Monday, November 15, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com