Tuesday, September 07, 2004

kenduri kawen rumah aku

kenduri kawen kat rumah aku

Semalam tarikh akad nikah aku ngan syani. Hari ni plak tarikh kenduri kat rumah aku. Terus-terang aku cakap aku tak suka la jurumekap aku tuh. Dah ler baju aku merah, dimekapnya aku pun mcm opera cina. Cuba bayangkan aku nyer kening dah tebal, dihitamkan lagi kening aku nih. balik rumah, apa lagi monyok la aku. Jenuh kakak aku pujuk.

Rombongan syani sampai dlm kul 1 lebih. Kelam-kabut family aku. Tak menang tangan. Aku pun kelam-kabut sama. aku ni bukan jenis suka control ayu. Kalo ikutkan aku nak terjun sama tolong apa yang patut. Dah ler tu, kalo ikutkan aku ngan syani mmg tak bersanding. Aku Cuma sediakan kek, potong pastu abihlah. Sbb family aku ikut cara Kedah. Orang Kedah tak derlah adat ke etc. simple jer. tapi bila mai rombongan syani, tup2 jadi bersanding. Tergezut aku! Family aku jenuh kelam-kabut sbb ikutkan mmg tak der upacara persandingan. Just imagine betapa kecohnya ari tu. Mulut aku sempat pok pek pok pek kat syani. Syani tegur aku. Hisy.. sengap! Ops terlupa pulak aku tgh sanding. Keh keh keh.. aku ni jenis suka tegur orang. Lebih2 lagi aku rasa seronok sgt tgk kengkawan yg dari jauh datang tgk aku kawen. Thanks to the amazing 4 (u know who u r), zana, noor, man, all my Chinese friends (sori ramai sgt), my pjj friends, my photographer Izat dan ramai lagi yg tak tersebut aku kat sini. Masa tgh bersanding tu, sempat la jugak aku lambai2 tangan kat kengkawan semua. Sempat akak JJ gelakkan aku. Isy minah ni.. tgh bersanding pun bleh sembang2, lambai2 tgn.. keh keh keh.. mmg aku tak control ayu, selamba jer aku sembang ngan diaorg. sembang kuat lak tu, "kak, baru sampai ka?" em.. haru-biru betul. Dah tu, bila tetamu dah kurang, aku ngan selambanya masih berpakaian pengantin, amik dulang pi tolong sedare yg lain. Syani pun tak leh cakap apa.. nak buat guano wife dia camni.. mak aku pun tak ckp apa.. sebab letih sgt. ;p

Malam tu plak, syani dtg bukak hadiah. Em.. I asked for something yg tak der kena mengena dengan dapur tapi.. em.. aku dapat kebanyakannya brg dapur. So, dapur aku tu dah cukup lengkap cuma aku la.. yg tak guna barang2 tuh.. buat hiasan.. jangan marah! One incident happened bila aku jatuh tangga masa angkut hadiah2 tuh. Abah aku gelak jer.. apa la pengantin jatuh tangga. Hehehe.. gelojoh betul! Thanks kepada mereka2 yg sudi bagi hadiah kat aku tuh. Sesaper yg blom tu bleh la bagi hadiah sempena ulangtahun aku nih. keh keh keh.. (tak senonoh betul.. )

p/s : dean gigi, aku nak hadiah besor2!
Posted by ena at Tuesday, September 07, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com