Tuesday, September 14, 2004

Bang, mintak rokok sebatang!

Bang, mintak rokok sebatang!

Harga rokok naik lagi kepada RM6.50 utk 20 batang. Mahal tu!!!! Alhamdulilah leganya diriku ini sbb syani tak hisap rokok. Selamat duit… ingat lagi aku masa tgk mhi jumaat lepas, ada la sorang mamat ni bagi pandangan dia pasal belanjawan, "kalau boleh jangan la naikkan harga rokok. Kesian la kat saya kerja biasa ja. Lagipun bagi la chance kat remaja lain. Daripada diaorg hisap ganja ke, dadah ke, lebih baik diaorg hisap rokok." Macam kelakar jer bunyiknya.

abah aku pun hisap rokok gak. Lagi dasat sejak darjah 3 lagi ha.. dulu mmg kuat gak tak taulah berapa kotak sehari tapi bila dah umur 50 lebih, abah kurangkan. Mungkin sbb rokok tu sikit sebanyak tinggalkan kesan dlm kesihatan abah. Abah jadi lemah, tak bermaya, selalu batuk-batuk dan kekadang sakit dada. Nak betul2 berenti, mmg susah tapi abah dpt kurangkan rokok tu pun kira lega hati kami sekeluarga. Amik masa, tak bleh tetiba jer terus stop. Hopefully one day abah boleh lupakan terus rokok tu.

Ex-boss aku pun dasat gak. Cakap ler rokok tu boleh rosakkan jantung le paru2 ler.. bagitau plak dlm rokok ada bahan utk buat cuci lantai, Clorox.. tapi dia buat dekkkk jer. ada sekali tu, diaorg saja gantung poster pasal rokok. Ex-boss pun slumber la baca poster tu, pastu mula dia teraba-raba kocek seluar, baju dia.. "patutlah rasa kosong, lupa amik rokok!" dia pun masuk office amik rokok dia. Skang ni dia dah stop smoking atas arahan doctor. Inipun disebabkan dia dah hilang deria bau gara2 rokok.

Begitulah tahap kritikalnya penghisap rokok nih. bagi aku la, org tua mainkan peranan penting gak. Kekadang tu, bila anak hisap rokok si bapa melenting bukan main tapi pikir2 kanlah.. kalo tak disuruh anak tu gi beli rokok tetiap hari, pastu hisap rokok depan anak2, manalah.. anak2 tu tak ikut. Aku pun pernah try hisap sekali. Cuma nak tau, besh sgt ke rokok nih.. hisap jer pastu terus terbatuk2. uwekk! Dah ler busuk! Betul.. cukup tak suka bau rokok! Siapa yg hisap rokok ni, nafas diaorg pun berbau. Tak dpt bygkan kalo org tu hisap gudang garam.. busuknya!!! That's why sesaper nak naik keta aku, tolong hilangkan bau rokok tu dulu, yek! selain dari tu, sesetengah tu, gigi diaorg warna kekuningan (teringat aku kat gigi apek tuh) dan bibir lak warna kehitaman. tak suiii lah!

Em, jerung ada tanya petua nak berenti rokok. elok ler tu, dari ngabihkan duit, menyakitkan badan lebih baik belanja aku makan pizza ke, kfc ker.. dapat pahala ;p.. em, aku tak hisap rokok, jadi kalo dari pengalaman sendirik tu tak derlah. Kalo dari kawan2, diaorg cakap guna mind power. Lawan perasaan tu bila teringat2 rokok. Setengah tu, diaorg berenti cara mengunyah. Bila terasa nak hisap, mula la cari chewing gum ke, kokelet (chocolate), buah-buahan ke.. janji mengunyah.. di bawah ni, aku letakkan beberapa web ttg cara utk berenti merokok..

cybermed
why quit
chriscor

*aku tau bukan senang tapi at least korang ada niat dan betul2 cuba utk berenti.

Posted by ena at Tuesday, September 14, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com