Thursday, September 30, 2004

ayoyo... apa sudah jadi?

malam ni, pb meriah sangat. kat stesen-stesen minyak, penuh ngan keta. start dari esok harga minyak petrol naik lagi. adehhhh pening kepala memikirkan harga minyak yg naik ikut suka ati jer (pendpt aku). sebenarnya aku ada gak rasa tak besh sbb baru jer ari tu naik, ni dah naik plak. dlm masa setahun! dan kalo tak silap aku masa belanjawan tempoh hari ada dinyatakan harga minyak takkan diusik tapi tak sampai 2 bulan, dah masuk berita hari ni.."HARGA MINYAK NAIK LAGI" (naik banyak lak tu)
masa belanjawan, aku rasa lega sangat sebab dpt bonus dan elaun rumah pun naik tapi seperti yg diduga oleh teman pejabat, mesti ada gak benda yg naik harga. yeap! they are so... right! hari ni, masa MHI riuh kata tambang feri ke langkawi naik harga lepas tu malam ni dikejutkan plak dengan harga minyak dan juga ayam. 3 benda serentak. adehhh... tak terasa sangatlah.. elaun rumah tu. mmg aku aku tak la percaya sangat andaian kawan aku dulu sbb harga rokok dan arak naik melambung-lambung. so, dari situ mungkin la dapat cover sumber ekonomi tapi sangkaan aku meleset.. naik juga harga barang yg lain.
pastu teringat la plak aku kat ruangan forum dulu. masa heboh Petronas untung juta2. ada sorang tu, bagi pendapat mengapa tak harga minyak di Petronas dimurahkan berbanding yg lain sebab Petronas tu kan syarikat minyak tempatan. so, at least sebagai rakyat malaysia dpt la rasa kelebihan dari segi minyak petrol. kelebihan sebagai rakyat Malaysia. tapi entahlah...
aku minta maaf sebab aku merungut sangat. i'm proud to be malaysian! cuma.. ini bagaikan pandangan seorang rakyat golongan pertengahan. mcm kata2 aku dlm previous post pasal belanjawan. aku tak tau ekonomi, ini cuma pandangan orang biasa. mungkin murah berbanding negara lain, tapi kalo dilihat dari sudut pendapatan majoriti rakyat malaysia.. it's all the same.
*harap2nya harga minyak tak naik lagi.

Posted by ena at Thursday, September 30, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com