Thursday, August 05, 2004

aku seorang spy

Aku seorang spy

Baru-baru ni aku terima satu kes dari JAIP kawasan pb. Faham-faham ajerlah kalo nama JAIP tu apa lagi kalo bukan kes caught wet.

"Sebelum tindakan lanjut diambil, pihak JAIP perlu siasat latar belakang suspek. Suspek adalah seorang wanita berumur dalam lingkungan 20an. Kes ini diterima berikutan aduan jiran-jiran suspek yang mendapati suspek selalu membawa pulang lelaki ke rumahnya pada waktu malam. Inilah rumah di mana kes itu dilaporkan dan ini adalah cik tut.. saksi kejadian."

sedutan 999- mazidul akmar sidek- isnin 9:00 mlm di tv3

sebagai seorang agen yang berdedikasi dan komited pada kerja-kerja skodeng, aku telah menerima sms dari En. A, JAIP. sms berbunyi, "tolong check suspek. Wanita. Lelaki selalu msk rumah. Tinggal di tmn P, keta jenis T, no. plate. B.. warna hitam". Aku pun bergegas, amik kunci keta dah meninjau kawasan perumahan P. Sia-sia. X jumpa rumah tu. Mungkin suspek keluar.

Esoknya, seperti biasa aku dtg kerja dengan kelisaku.. sedang mencari-cari tempat, tiba-tiba. Huh! Kereta suspek! Elok le pulak ada parking space kat situ. Aku pun parking tepi keta dia. Masa aku kunci pintu, aku pun mendekati kereta tu. utk mengelakkan keraguan pak guard, aku buat-buat tengok cermin keta tu dah perbetul tudung. walaupun sekejap, tapi aku boleh korek byk maklumat. dalam keta, tergantung tag dia. Dari situ aku dpt tau, suspek bernama Salmah (bukan nama sebenar), kerja di jabatan R.

Sampai opis, aku pun rilex dulu. Kendian aku tanya, "eh.. Salmah jab R tu dah kawen dah ka?". "kenapa?" tanya kawanku. "tak derlah selalu nampak dia ngan lelaki" "o.. dia baru kawen."jawab kawanku. "tak tau pun.. dia ada kirim kad ke? Husband org jab R gak ke?" tanya aku bertalu-talu tapi lagak masih maintain, calm. "Dia tu pendiam sbb tu ramai tak kenal dia. Husband bukan org sini. Kerja tempat lain. Kdg2 jer balik sini." Jelas kawanku panjang lebar. "o.. cenggitu…"

Aku pun mencapai enpon dan hantar sms "En. A, suspek baru berkahwin. Suami tinggal tempat lain sbb tu kdg2 jer balik. Jiran x tau sbb suspek seorg pendiam".

Kes pun ditutup….
Posted by ena at Thursday, August 05, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com