Thursday, July 29, 2004

selamat tinggal, pak itam

selamat tinggal, pak itam..

pak itam, pertama sekali aku ingin memohon maaf darimu kerana aku tak pernah menyayangi dirimu itu. badanmu tidak pernahku belai, dirimu ku biarkan kotor dan isi badanmu tidak pernah ku vacuum. walaupun kita jarang bersama, tapi aku tetap menghormati dirimu sebagai veteran yang berkuasa.

pak itam, aku ingat lagi tatkala suami menunjukkan dirimu. aku terkejut dan terpaku seketika bukan kerana dirimu 'ensem' tapi rupamu dan badanmu yg sukar utk ku gambarkan. telah ku lontarkan kesayanganku, telah ku tangisi pemergiannya dan tiba-tiba kau telah dipilih sebagai ganti. aku kecewa. aku berduka. aku merana, pak itam. aku mula membandingkan dirimu dan dia. kesayanganku jauh lebih hebat, raut wajahnya mempesona, penuh bergaya dan paling penting, apabila aku dan dirinya bersama. semua memandang kagum. tapi bila aku dan kau, pak itam.. org hanya memandang sebelah mata dan kadang2 tanpa mata.

sejak kau hadir dalam hidupku, kau telah merampas kebahagiaanku. saban malam, aku bertengkar dengan suami kerana kau pak itam. kerana kau! begitu besar, pengaruhmu pada suamiku. aku hairan mengapa suamiku begitu mengagumimu. kerana suaramu yg garau atau tenagamu yg mantap? argh.. persetan dengan itu semua! walau apapun kau katakan pada suamiku, diriku ttp membencimu.

Setelah hanya sebulan bersama, kau terpaksa akur dengan kehendak diriku. kau sengaja membuat helah untuk pergi jauh. kau jatuh sakit dan suamiku terpaksa membawa kau ke hulu ke hilir utk diubati. padan muka kau! walaupun begitu, jauh di hatiku, aku tahu kau hanya berlakon namun kubiarkan sahaja sandiwaramu itu.

Akhirnya, suamiku akur dengan kehendakku. aku dicarikan pengganti baru. dia masih menaruh harapan terhadapmu, pak itam. kali ni, setelah menerima pengganti baru.. aku temui kebahagiaan. tiada lagi persengketaan, pertengkaran, tangisan, aku benar-benar gembira, pak itam. setelah 6 bulan aku bersama dia, suamiku juga ternyata jatuh cinta dengan kesayanganku. dirimu? argh.. sudah letih suamiku cuba mengubatimu ternyata kau mmg bebal, pak itam. dan semalam 28 Julai 2004, tercipta satu kenangan manis buat diriku kerana setelah hampir setahun kau pasti tidak akan kembali lagi. kini, dirimu bukan lagi milikku.. kau telah menjadi kepunyaan orang. Alhamdulilah..

p/s: Pak Itam, aku ingin menjemputmu ke rumahku minggu depan. aku akan mengadakan kenduri pisang sempena perpisahan kita. sebenarnya, bukan kehendakku tapi keluargaku juga yg ternyata gembira bila kau tiada.
Posted by ena at Thursday, July 29, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com