Friday, July 23, 2004

di mana rambutku?

di mana rambutku?

jangan teraser. bukan menghina actually aku nak share experience kat salon tumbuh rambut. beberapa bulan lepas, aku ngan hubby pergi la kat satu kedai tu.. di Prai. Kedai ni memang famous, ada cawangan merata tempat. iklan pun ada gak sebab kedai ni selalu buat promotion. pelanggannya pun ramai... sampaikan kena buat appointment. aku ngan hubby pun tak der lah rancang sebenarnya.. dah alang-alang round mall tu, apa kata singgah jap. lagipun promotion ckp RM36 jer masa tu.

masuk kedai tu, kami disapa oleh amoi2 manis. setelah diaorg amik butiran peribadi, kami pun masuk la bilik khas. amoi ni pun scan le kepala pastu dia ckp, "rambut u byk rosak, yg depan ni tak bleh buat apa dah. jadi sebelum lagi teruk, i rekemen u cuci lepas tu u boleh tengok sendiri perbezaan lepas guna produk kami." nak cuci tu plak sampai 45 minit. memandangkan kami pun tak der program lepas tu, kira orait jerlah. sebenarnya kami nak produk dia yg RM36 tu bukan nak cuci rambut tapi kami dipujuk-pujuk suruh cuci gak rambut. malas nak kata apa, kami pun ikutlah kata dia. sakit kepala sebab dia 'tonyoh' betul-betul sampai ke kulit kepala.. lepas tu rasa berangin jer.

abih-abih cuci, jeng jeng jeng.. wa.. menakjubkan.. memang nampak perbezaannya! tapi lepas tu, diaorg suruh jadi pelanggan diaorg. bukan pujuk dah tapi paksa. kalo setakat tu jer tak pa.. ini diaorg suruh bayar on the spot. cuba teka berapa harganya? bukan puluh, bukan ratus tapi RM8,000++. bayar masa tu jugak. gila ka apo? mana nak korek duit. dalam wallet pun ada RM50 jer. malu pun ada gak. hubby terdiam; dia marah aku. tu lah.. nak sgt datang sini. so, tak nak la tunjuk kita tak berdoit, aku pun apa lagi gunalah mulut laser aku. aku pun lawan le si amoi2 tu. aku bagilah bermcm-mcm alasan, aku kondem balik diaorg punya stupid idea. amoi tu lak terus panggil geng. jenuh aku menangkis serangan 2-3 org amoi tu, sedangkan aku sorang. hubby? sengap.

lepas nak dekat 20 minit, barulah diaorg mengalah. tu pun diaorg ckp mandarin among themselves, tengok kami pastu gelak ramai-ramai. cis! bedebah betul.. mentang-mentang la aku tak paham. spjg perjalanan balik, aku ngan hubby gelak, mahal gilos, rambut pun dah bau rempah dan yg paling haru tu.. kena paksa bayar RM8,000 ++ masa tu jugak. lepas ni, kalo ada promosi mcm ni lagi.. kena pikir betul-betul biar beratus2 kali.

moral value: jangan tertipu dengan promosi kat tv.. (kata RM36 tup2 RM8,000++)
Posted by ena at Friday, July 23, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com