Wednesday, June 02, 2004

Nyanyilah nyanyi...
Penulis: BIG YAN

Aduh, pening kepala aku, dari petang bawak ke malam, dari dalam bas bwk ke rumah, dari rumah masuk ke bilik air, dari bilik air bwk ke dapo, dr dapo bwk ke ruang tamu, dari ruang tamu bwk ke bilik, dari bilik bawak ke tido…agaknya kalau jiran2 dgr pun, hangin je diorang, apa taknya aku dok hafal lagu setiap saat, tekak pon sampai naik kering, otak pon pening…hehehehheh….lagu yg aku kena hafal tu tajuknya Alam Tanah Air, kalalu korang tgk dlm tv, b4 tv1 abis siaran, ada kumpulan koir tu nyanyi lagu nih, lagu puisi tuu……

Sebenarnya dulu masa sekolah rendah (drjh 6 kt Sarawak) aku dh join nasyid, masuk pertandingan antara zon, menanglah jgk, dpt bwk balik piala, fuhhh…mcm bangga gileers je, tp time tu baru drjh 6, so baju pun pakai bj sekolah je, songket kaler merah, pastu amik riben ikat kepala…kahkahkah..kelakar pulak, sekali tgk mcm minah Indon je…pastu bila aku masuk sekolah menengah, aku tak join apa2 pon aktiviti nyanyi nyanyi ni, tp kalau dlm bilik air tu, biasalah, kekdg rasa, siti nurhaliza pon boleh kalah dgn aku…hhahahahah..masuk Uitm lagi laaa, satu aktiviti pon aku tak join, kdg2 tu je laa join bila Kelab SS kitorg buat aktiviti, tu pun aku jadi pemerhati je…hehhehh…kiranya kitorg satu bilik (aku, ziana, eim n julia), kitorg ni jenis malas nk join sukan ke, apa2 laa, tp bab-bab 'lain' tu, terer laa sket…geng kitorg sorang lagi, azni, slalu gk join kitorg ni, coz dia rapat dgn ziana, eim n Julia tu dr predip lg..aku? biasala, yg aku rapat, dgn geng2 bilik aku jek termasuklah azni tu…tp betullah masa kt itm dulu, jgn kata nyanyi, nk buat speech pun aku mls nk kuarkan suara…tp yg aku tak bole lupa, bila time Advance Shorthand, lecturer aku suruh baca rencana trengkas tu, aku pun baca laa, kebetulan aku masa tu demam, sakit tekak, n selsema, ada ke patut, dia kata suara aku mcm itik serati…..hhahaha.,satu kelas gelak kt aku, hampeh tull…

eh, melalut la pulak, nk cite psl nyanyi laa… ok, bila start keja, aku ingat lagi, masa tu lebih kurang sebulan aku keja, tup tup, aku disuruh join koir Jabatan…aduhhh…aku yg tak kenal sesapa dlm group tu, rasa nk nangis pun ada, suruh nyanyi la, pastu siap kena hafal lagu Jabatan aku tu dlm masa 2-3 hari, nasib baik laa lirik dia ok, tak berjela2 sgt. So dari situlah, bermulanya kerjaya sambilan aku sbg artis…hahhahahahha….nak kata suara sedap, biasa laa, mcm kata one of my best friend,hhehehehh (sapa agaknya ye), dia kata suara aku dlm tpon, kecik je, mcm suara budak2, manja…hhahaha…tp yg aku pelik, tunang aku tak penah pulak ckp suara aku camtu pun, agaknya dia rasa suara aku mmg sedap laa bg dia…hehheehhehe…..bila nyanyi koir ni, sesetengah org tu bila dgr koir, pandai je nk komplen laa, apa la, cuba diorg sendiri dok atas pentas tu, nyanyi, sure terketaq2 gak, aku mula2 dulu fobia gak naik pentas, kt jabatan aku ni, tiap2 bulan or tiap2 kali ada majlis rasmi jabatan, mesti kena ada koir, so bila dh byk kali naik pentas, ok laa sket, walaupun sejuk kaki tangan utk seminit yg pertama tu..hehheehhe..yg bestnya bila koir ni, korg akan rasa enjoy jgk, dulu kitorg nyanyi main belasah je suara, tp start last year, kumpulan nasyid pulak ditubuhkan so kitorg dpt sorang ustaz n sorang cikgu muzik (bekas anggota kumpulan Headwind, x silap aku) utk ajr tone suara, patah2 lagu, susah gak oii memula tu, ingatkan senang je nasyid ni. Utk pompuan, ustaz siap pesan, nk nasyid boleh tp jgn laa suara tu over, n byk sgt pergerakan badan, jd haram pulak nanti. Utk nasyid tu, kitorg berlatih sebulan, tiap2 petang turun training, dlm kumpulan tu ada 10 org, dan dibahagikan pecahan pd 4 group kecik, ikut tahap suara, so aku bertiga dpt group utk suara forsetto (suara tinggi), mengah jgk oii bila kena tahap tinggi tu, tp syukurlah masa hari pertandingan tu, group kitorg dpt tempat ketiga..heheheh..berbaloilaa jgk praktis sebulan tu..pastu ujung thn lepas, pertandingan koir antara bahagian dlm jabatan kitorg, group kitorg kalah, xpelaa, xde rezeki lgpun berlatih pun dlm 2 minggu. Sbnrnya dlm koir, kdg2 bila kita dgr ada suara forsetto, harmony, suara biasa, suara base, tu yg mencantikkan sesebuah lagu koir tu, tp kalau org x phm, diorg akan kata, apsal x sama lak nada org tu dgn org ni, ada suara besar, ada suara halus, tu laa dinamakan harmony dlm lagu…hihihi.aku pun bukan terer sgt bab2 muzik ni, tp tu yg aku phm laa.. ok laa, smpai sini je laa, aku nk hafal lagi lagu tu, ptg ni ada training lagik, aaaarrrrgghhhhh, tension mak ooiii, tp aku akui, lagu ni best..
Posted by ena at Wednesday, June 02, 2004
|
My Pics

Image hosted by Photobucket.com